“Hari-hari tengok berita,
kita menderita angkara tangan sendiri,
pohon semua duduk rumah,
jangan lah keluar untuk sementara ini”
Itu antara bait-bait lirik kumpulan Bunkface menerusi single terbaru bertajuk ‘Tolong’.
‘Tolong’ berkisarkan tentang keadaan dunia memerangi wabak virus COVID-19 yang menyaksikan penduduk di seluruh dunia menjalani proses kuarantin atau pun lockdown dan diminta untuk duduk di rumah sahaja.
Dilancarkan pada 10 April lalu menerusi laman YouTube Bunkface, video klip ‘Tolong’ secara keseluruhannya memamparkan gelagat dan aktiviti rakyat Malaysia di rumah masing-masing.
“Diharapkan lagu ini dapat memberi sedikit sebanyak sokongan moral kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Kami sedar dalam keadaan yang agak terbatas sekarang ini, hampir tiada sesiapa pun yang tidak terjejas sama ada dari segi zahir atau batin,” jelas Bunkface dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah mereka, penyatuan seluruh rakyat Malaysia pasti mampu untuk menangani apa juga masalah yang timbul pada akhirnya.
Sahlizah Mohamed
Mon May 04 2020

Kumpulan Bunkface melancarkan single baharu, Tolong yang berkisarkan penduduk dunia memerangai COVID-19. Foto: Bunkface

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Bunkface lancar "Kita Punya Malaysia versi akustik"
Lagu tersebut disuntik elemen baru yang lebih santai namun masih mengekalkan semangat sama.

TMSM: Musang King turun takhta, identiti Zain Ruffedge terbongkar
Agak-agak malam ini siapa pula yang tersingkir.

Bunkface minta 'Tolong' duduk rumah perangi COVID-19
Kumpulan Bunkface melancarkan single baharu, 'Tolong' yang berkisarkan penduduk dunia memerangai COVID-19.

Bunkface tak benci golongan LGBT, tapi lirik video Akhir Zaman dipadamkan YouTube!
Lirik video lagu Akhir Zaman yang telah dimuatnaik di YouTube sejak 26 Februari lalu mencetuskan sensasi apabila didakwa mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT.

Sam Bunkface, Aida sah bercerai Januari lalu
Penerbit rancangan, Aida Azira Hussin mengesahkan sudah bercerai dengan penyanyi Sam Bunkface.

"Ayah puncanya Bunkface berduet Dengan Jeffrydin" - Sam
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam mengakui tujuan mereka memilih penyanyi pop yeh yeh Datuk Jeffrydin untuk berduet dalam single terbaharu, disebabkan oleh bapanya.

Jadi calon awal MTV Europe Music Award, Ayda Jebat terharu
Penyanyi Ayda Jebat terharu apabila namanya tercalon dalam senarai awal pencalonan kategori SEA Social Wildcard (Malaysia) mewakili rantau Asia Tenggara ke Anugerah MTV Europe Music Award 2017.

'Industri muzik bukannya mati' - Norman KRU
Industri muzik Malaysia tidak akan berkubur tetapi sedang mengalami proses transformasi, itu antara reaksi Pengerusi RIM, Norman KRU.
Tidak gemar ke bazar Ramadan, Sam Bunkface lebih suka isteri masak
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam mendedahkan bahawa dia dan isterinya Aida Azira Hussin tidak begitu gemar untuk membeli juada di bazaar Ramadan.

Zainal Abidin, Ning, Hujan, Bunkface kongsi pentas di DFP Seni Fest 2014
Zainal Abidin, Ning Baizura, Hujan dan Bunkface bakal berkongsi pentas di Konsert Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Seni Festival 2014.