Semua keterangan dan bukti berkaitan perniagaan dan transaksi kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah dikongsi dengan juruaudit bebas dan pihak berkuasa Malaysia, kata 1MDB.
1MDB berkata demikian ketika menjawab catatan terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya, 'Jawapan 1MDB," yang meminta keterangan berdokumen.
Pada Selasa, 1MDB dalam satu kenyataan yang panjang lebar, menjawab pertanyaan dan dakwaan Dr Mahathir mengenai pelbagai isu berkaitan syarikat pembangunan strategik negara itu.
1MDB berkata, ia telah menjawab dengan terperinci serta fakta yang boleh disahkan.
BACA: 1MDB: Tunjuk bukti, bukan selindung di sebalik alasan 'rahsia negara' - Tun M
"Kini setelah dikemukakan dengan fakta oleh 1MDB, Dr Mahathir telah meminta keterangan berdokumen.
"Sebagaimana telah dijelaskan 1MDB, semua keterangan dan bukti berkaitan perniagaan dan transaksi kewangan 1MDB telah dikongsi dengan juruaudit bebas dan pihak berkuasa Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa terbabit boleh mengambil tindakan bersesuaian mengikut proses dan undang-undang Malaysia, katanya.
1MDB menegaskan ia kekal fokus sepenuhnya kepada melaksanakan pelan rasionalisasinya.
Sebagaimana yang telah dicapai dengan Edra Energy, ia akan menyaksikan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia menjadi syarikat berdiri sendiri, yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas prestasi operasi dan kewangan mereka, tambah kenyataan berkenaan.
Menurutnya, pembayaran balik pinjaman RM3.6 bilion baru-baru ini mencerminkan komitmen 1MDB mengurangkan keseluruhan paras hutangnya sejajar dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi itu.
Syarikat itu yakin mampu menjana nilai maksimum untuk pemegang saham 100 peratus 1MDB, iaitu kerajaan Malaysia, tambahnya.
Bernama
Thu Jun 18 2015

Dalam blognya hari ini, Dr Mahathir berkata kerajaan menggunakan alasan 'rahsia negara' dilihat bukan jawapan kukuh untuk menjelaskan pelbagai persoalan yang diminta rakyat selama ini.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.