Pasukan khas akan menyiasat kesahihan bahan bukti berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diterima daripada The Edge Media Group semalam.

"Laporan hasil sisatan itu akan diserahkan kepada peguam negara," kata sumber polis.

Pada Selasa, The Edge menyerahkan dokumen, e-mel bercetak dan cakera keras yang dimilikinya mengenai 1MDB kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Pada Isnin, The Edge Financial Daily menerbitkan artikel empat halaman yang memfokus kepada usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International.

1MDB dalam satu kenyataan semalam menyelar akhbar itu dengan menyatakan bahawa dakwaan dalam laporan itu "sudah lapuk, tidak berasas dan dikitar semula."