KUALA LUMPUR: Keselamatan anggota semasa menjalankan tugas melibatkan operasi mencegah lumba haram sentiasa dititikberatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata anggota polis yang terlibat dalam mana-mana operasi membanteras lumba haram dinasihat menggunakan pendekatan mengumpul bukti melalui gambar dan video kenderaan dan individu terbabit untuk tujuan penguatkuasaan dan pendakwaan di mahkamah.
Beliau berkata anggota polis yang terlibat dalam operasi juga dinasihatkan untuk tidak 'engage' atau berdepan dengan kumpulan-kumpulan yang berlumba ini kerana ia boleh membahayakan keselamatan diri anggota terlibat.
"Walaupun polis tidak dapat membuat penahanan pada hari yang sama tetapi bukti-bukti ini boleh digunakan untuk pihak polis melakukan tahanan," katanya kepada Bernama hari ini.
BACA: Dua anggota polis maut kemalangan semasa kejar pelumba haram
Azisman berkata pendekatan sedemikian digunakan sejak beliau menjadi pengarah di jabatan berkenaan pada tahun 2018 dan semua JSPT di seluruh kontinjen polis negeri menggunakan pendekatan yang sama.
"Bagi kes yang berlaku di Kajang, ia adalah kemalangan yang tidak disengajakan dan kami amat terkilan dengan kejadian itu, " katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemalangan yang mengorbankan dua anggota polis ketika mengejar pelumba haram di kilometer 24.4 Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) dari arah Kajang ke Putrajaya, awal Ahad lepas.
Dalam kejadian itu, Sarjan Mohd Arifah Md Yasin, 36, dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik dan Konstable Mohd Muradzi Mohd Nawi, 26, dari cawangan Jenayah D4, mati di tempat kejadian.
Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata anggota polis perlu menjaga keselamatan dan tidak membahayakan diri semasa menjalankan tugas.
"Dalam menjalankan penguatkuasaan trafik seperti mencegah perlumbaan haram, ramai anggota diperlukan bagi tugasan sekatan jalan raya dan unit-unit untuk mengejar kenderaan yang berlumba," katanya.
Beliau berkata selain menahan individu yang terbabit dalam lumba haram, polis juga boleh bertindak merekodkan nombor pendaftaran kenderaan yang terbabit melanggar kesalahan trafik untuk dibawa ke mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021
Azisman berkata anggota yang terlibat dalam operasi juga dinasihatkan untuk tidak 'engage' atau berdepan dengan kumpulan-kumpulan yang berlumba ini kerana boleh membahayakan keselamatan diri. - Gambar fail/ Bernama
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kanak-kanak 7 tahun maut, motosikal dinaiki bersama ibu bapa dilanggar
Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terbunuh selepas motosikal dinaiki bersama ibu dan bapanya terabit nahas dengan sebuah kereta di Lebuhraya Bukit Jalil, Jumaat lalu.
Video tular: Pemandu lori tidak lari, beredar kerana bimbang keselamatan - Polis
Seorang penunggang motosikal cedera akibat kecuaian pemandu lori yang secara tiba-tiba membelok ke arah kiri untuk masuk ke sebuah simpang di Kilometer 48.7 Lebuhraya Cyberjaya dekat DengkiL.
Ops Samseng Jalanan: Anggota trafik alami simptom hilang memori selepas bertembung
Anggota polis trafik yang parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.
Polis trafik kembali bertugas di Dhaka selepas mogok seminggu
Mereka kembali bertugas di jalan raya setelah wakil mereka menamatkan mogok susulan mesyuarat di Kementerian Dalam Negeri pada Ahad.
Program MADANI Rakyat: Pengurangan kadar saman trafik hanya bagi kesalahan terpilih
Pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program, tertakluk pada terma dan syarat.
Miliki wang tunai lebih RM3,000 ketika SJR: 10 polis trafik ditukar ke pentadbiran
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua mereka akan melakukan tugasan pentadbiran sehingga siasatan selesai.
Bukit Aman siasat video tular pelancong diminta bayar saman RM100
Mohd Azman turut menggesa pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan.
Anggota trafik ditempatkan di lokasi kemalangan, kesesakan - JSPT
Ia sebagai langkah proaktif JSPT Bukit Aman bagi memastikan kelancaran aliran trafik yang dijangka bertambah.
Anggota polis kacak sedang bertugas tular di Thailand
Segelintir wanita dilihat melakukan komen 'nakal' meminta pegawai tersebut menjadi teman mereka.
'Saman ekor' akan dihantar ke rumah
Saman secara pos atau 'saman ekor' akan dihantar ke rumah kepada mana-mana pengguna jalan raya di seluruh negara yang memandu melebihi had laju.