Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sekarang bukan masanya untuk membincangkan soal transisi atau peralihan kuasa Perdana Menteri.
Sebaliknya, semua pemimpin Pakatan Harapan (PH) harus memberi fokus kepada usaha membangunkan negara demi kesejahteraan rakyat.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata, jemaah menteri dan pemimpin PH lain perlu memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui negara, tambahan pula 2020 adalah tahun sangat penting buat Malaysia kerana akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadual akhir tahun ini.
"Ini sangat penting bagi kita. Kita perlu memberi kebebasan kepada Tun Dr Mahathir untuk memimpin dan mentadbir kerajaan Persekutuan.
"Sekarang bukan masa yang sesuai (untuk membincangkan mengenai peralihan) ... kini masanya bagi kita berbincang dan bekerja sebagai satu pasukan secara kolektif untuk memastikan Malaysia dapat mempamerkan semasa mesyuarat APEC bahawa kita (sebuah negara yang) bersaing dan kita mampu bersaing di pentas global," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Kupi-Kupi Bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Kampung Pimping, Membakut di sini, hari ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.
Sebelum ini, media melaporkan mengenai cadangan beberapa Ahli Parlimen PKR agar peralihan kuasa perdana menteri dibuat pada Mei tahun ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, kerajaan pada hari ini menggalas tugas dan tanggungjawab besar bagi memastikan semua pelan pembangunan yang dirancang di semua peringkat dapat dilaksana untuk manfaat rakyat.
Selain itu, beliau berkata, kestabilan politik dan pentadbiran negara juga penting dalam usaha meyakinkan pelabur.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM4.25 bilion bagi Sabah pada tahun ini.
Beliau berkata, kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Dr Mahathir mahu Sabah mendapat peruntukan lebih besar bagi memastikan negeri ini mempunyai peluang luas untuk lebih membangun, dan komitmen tersebut selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Mohamed Azmin berkata, Sabah adalah antara enam negeri selain Sarawak, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah yang dikenal pasti sebagai negeri tumpuan bagi memperkasakan lagi pembangunan serta melonjakkan potensi ekonomi negeri.
"Atas sebab itu, kita (kerajaan Persekutuan) akan bekerjasama dengan kerajaan Sabah dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan saya percaya dengan kerjasama baik ini akan memberi manfaat kepada rakyat Sabah," jelasnya.
Terdahulu, ketika berucap pada program itu hari ini, beliau berkata, rakyat Sabah banyak menabur jasa dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, justeru, negeri itu seharusnya menerima infrastruktur kelas pertama dan bukannya kemudahan kelas ketiga.
Kementerian akan memberi komitmen penuh dalam memastikan semua keperluan pembangunan di Sabah dapat dipenuhi kerana kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang mahu mengangkat martabat rakyat di negeri itu, katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 17 2020
Semua pemimpin Pakatan Harapan harus memberi fokus kepada usaha membangunkan negara demi kesejahteraan rakyat, bukannya membincangkan soal peralihan kuasa, kata Azmin Ali. - Gambar fail
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.