Namun, berlainan di Kampung Parit Sikom Pontian di sini apabila penduduk menggunakan ayam belanda sebagai bahan utama dalam pembuatan bubur lambuk.
Ketua Kampung Parit Sikom, Falah Abdul Hussain berkata, biarpun baru kali pertama program gotong-royong memasak dan mengedar bubur itu dilaksanakan, ia mendapat sambutan hangat daripada penduduk.
"Kita telah edarkan 500 pek bubur lambuk ayam belanda kepada penduduk... ada penduduk di luar kawasan yang menghubungi saya agar menyimpan bubur lambuk ayam belanda ini kerana mahu merasa keenakannya.
"Penghasilan dua periuk bubur lambuk ini menggunakan dua ekor ayam belanda. Ayam belanda ini lebih besar daripada ayam standard, seekor berat boleh mencecah 10 kilogram.
"Kita tengok sambutan penduduk tahun ini amat menggalakkan. Insya-Allah tahun depan kita akan teruskan menu ini sebagai juadah unik di kampung kami," katanya ketika ditemui di perkarangan Masjid Jamek Kampung Parit Siraj di sini.
Ayam belanda atau nama saintifiknya Meleagris dikatakan mempunyai tekstur daging yang sedikit kenyal berbanding ayam biasa.
Namun ayam belanda dikatakan mempunyaj khasiat protien tinggi dan kurang kolestrol.
Berat seekor ayam belanda bersamaan dengan kira-kira empat ekor ayam standard.
Menyentuh mengenai cara penyediaan ayam belanda, Falah berkata oleh kerana dagingnya yang sedikit kenyal, ia perlu direbus terlebih dahulu.
"Kalau selalu ayam biasa tu kita boleh masukkan terus, tetapi ayam belanda kena rebus dulu sebelum dimasak bersama beras, rempah dan sayuran lain," katanya.