LAHAD DATU: Seekor buaya jantan sepanjang hampir lima meter berjaya ditembak mati sebelum bangkainya dibawa naik ke darat dalam kejadian di Kampung Desa Bajau, di sini pada Isnin.
Reptilia dianggarkan seberat 1.2 tan itu itu berjaya ditangkap selepas hampir lima jam Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) melakukan operasi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad, Datuk Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kehadiran haiwan reptilia itu pada jam 4.38 petang.
"Sebanyak tiga kali percubaan untuk menangkap buaya tersebut tetapi tidak berjaya kerana saiznya yang terlalu besar, hampir lima meter panjang dan dua meter lebar dengan berat 1.2 tan.
"Operasi menangkap haiwan ini dilakukan bersama JHL Lahad Datu dan akhirnya berjaya ditangani pada jam 8.50 malam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Sementara itu, Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, pihaknya terpaksa melepaskan tujuh das tembakan untuk menangkap buaya tersebut.
"Buaya itu kemudian ditarik oleh anggota APM dan penduduk kampung serta dibawa ke perumahan Hidupan Liar untuk dilupuskan," katanya.
JHL Sabah sebelum ini turut merekodkan buaya terbesar sepanjang 5.3 meter berjaya ditangkap pada September tahun lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 12 2023

Reptilia dianggarkan seberat 1.2 tan itu itu berjaya ditangkap selepas hampir lima jam APM dan JHL melakukan operasi. - Gambar/ Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Buaya gergasi 15 kaki mati ditembak di Florida, netizen gempar
Dua pemburu menembak mati buaya itu selepas ia memakan beberapa ekor lembu yang diternak mereka.