KOTA KINABALU: Orang ramai dan pemilik premis di Sabah dinasihatkan membuang persepsi hanya agensi kerajaan sahaja bertanggungjawab meraikan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Yakub Khan.
Sehubungan itu, beliau berkata seluruh rakyat Sabah diminta bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di premis atau kawasan masing-masing bagi menzahirkan perasaan bersyukur sebagai rakyat Malaysia yang kini hidup aman dan hormani.
Katanya nasihat itu perlu diambil perhatian kerana pada masa ini di Sabah, tidak ramai yang mempunyai semangat mengibarkan Jalur Gemilang memandangkan tidak banyak bendera berkenaan dipasang sama ada di pejabat, rumah atau di mana sahaja.
"Ada juga yang membiarkan Jalur Gemilang sehingga usang. Buang sikap hanya menunggu dan mengharapkan pemberian Jalur Gemilang secara percuma daripada mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO).
"Setiap individu perlu mengubah persepsi bahawa hanya agensi kerajaan sahaja yang berperanan meraikan sambutan ini apabila tibanya bulan Ogos pada setiap tahun," katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 peringkat Sabah di sini pada Jumaat.
Pada majlis tersebut, beliau menyambut konvoi 16 kenderaan dan 60 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan didahului Jabatan Penerangan (Japen) yang memulakan kembara itu pada 9 Ogos lepas dengan melalui beberapa daerah di Sabah sebelum berakhir di Kota Kinabalu hari ini.
Yakub turut mengajak seluruh rakyat Sabah menerapkan sikap peduli dan memandang tinggi serta menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang identiti negara.
"Sekiranya ada ternampak Jalur Gemilang yang lusuh atau koyak, ambil inisiatif untuk membeli dan menukarnya dengan yang baharu atau maklumkan kepada pemilik premis agar bendera tersebut dapat diturunkan dan digantikan dengan yang baharu," katanya.
Mengenai kembara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua agensi terlibat atas usaha menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
Menurutnya semangat dan usaha mereka menjayakan mesej perpaduan, patriotisme dan menerapkan keamanan dalam kalangan rakyat khususnya di Sabah harus dipuji.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
![Buang persepsi hanya agensi kerajaan raikan Bulan Kebangsaan Buang persepsi hanya agensi kerajaan raikan Bulan Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660926096_TBKKIPJALURGEMILANG.jpg)
Setiap individu perlu mengubah persepsi bahawa hanya agensi kerajaan sahaja yang berperanan meraikan sambutan ini apabila tibanya bulan Ogos pada setiap tahun. - Bernama
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![DUN Sabah: Lebih 15 ribu belia dapat kerja setakat November 2022 - Yakub Khan DUN Sabah: Lebih 15 ribu belia dapat kerja setakat November 2022 - Yakub Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669705137_DATUKYAKUBKHAN.jpg)
DUN Sabah: Lebih 15 ribu belia dapat kerja setakat November 2022 - Yakub Khan
Seramai 15,554 belia di Sabah mendapat pekerjaan melalui pelbagai pprogram dan inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) setakat November tahun ini.
![BN Sabah akan bertanding secara solo jika tiada persefahaman dengan GRS BN Sabah akan bertanding secara solo jika tiada persefahaman dengan GRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662303564_TBYAKUBKHAN.jpg)
BN Sabah akan bertanding secara solo jika tiada persefahaman dengan GRS
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Yakub Khan berkata rundingan berkaitan kerusi Parlimen yang akan ditandingi dalam PRU15 sudah dijalankan dan belum dimuktamatkan.
![UMNO, BN tidak ketandusan pemimpin walaupun ramai diheret ke mahkamah UMNO, BN tidak ketandusan pemimpin walaupun ramai diheret ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662300046_TBHIMPUNANBIRU.jpg)
UMNO, BN tidak ketandusan pemimpin walaupun ramai diheret ke mahkamah
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan berkata pengalaman parti itu menempuh pelbagai cabaran sejak ditubuhkan menjadikan parti sentiasa kukuh.
![Platform digital CoreHalal perkasa sistem pengurusan halal di Sabah Platform digital CoreHalal perkasa sistem pengurusan halal di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661300727_DatukYaakubKhan.jpg)
Platform digital CoreHalal perkasa sistem pengurusan halal di Sabah
CoreHalal dibangunkan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
![Buang persepsi hanya agensi kerajaan raikan Bulan Kebangsaan Buang persepsi hanya agensi kerajaan raikan Bulan Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660926096_TBKKIPJALURGEMILANG.jpg)
Buang persepsi hanya agensi kerajaan raikan Bulan Kebangsaan
Seluruh rakyat Sabah diminta bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di premis atau kawasan masing-masing.
![Belum ada perbincangan mengenai Jawatankuasa Kerjasama Solidariti GRS-BN - Yakub Belum ada perbincangan mengenai Jawatankuasa Kerjasama Solidariti GRS-BN - Yakub](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652182020_BNsabah.jpg)
Belum ada perbincangan mengenai Jawatankuasa Kerjasama Solidariti GRS-BN - Yakub
Belum ada perbincangan antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional mengenai jawtankuasa kerjasama solidariti gabungan itu.
![UMNO Sabah yakin boleh rampas semula kerusi Parlimen Sepanggar UMNO Sabah yakin boleh rampas semula kerusi Parlimen Sepanggar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650255243_DatukYakubKhan.jpg)
UMNO Sabah yakin boleh rampas semula kerusi Parlimen Sepanggar
UMNO Sabah yakin mampu merampas semula kerusi Parlimen Sepanggar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
![Vaksin COVID-19: Warganegara di Sabah diberi keutamaan Vaksin COVID-19: Warganegara di Sabah diberi keutamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614386368_vaksin.jpg)
Vaksin COVID-19: Warganegara di Sabah diberi keutamaan
Walaupun warga asing di negeri itu perlu diberikan vaksin bagi mengurangkan risiko jangkitan, rakyat tempatan akan diberi keutamaan.