KOTA KINABALU: Industri halal di Sabah akan terus berkembang sehingga peringkat antarabangsa dengan wujudnya satu platform digital, CoreHalal, untuk memperkasakan lagi sistem pengurusan halal di negeri ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Yakub Khan.
Beliau berkata CoreHalal ialah platform digital yang dibangunkan oleh syarikat pembangunan aplikasi, Synxsoft Sdn Bhd yang berpangkalan di sini dengan memberi tumpuan kepada pengurusan risiko, audit dan latihan.
"CoreHalal telah dibangunkan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"CoreHalal mempunyai potensi besar kerana menjadi satu-satunya platform digital yang menyediakan perkhidmatan sedemikian.
"Penggunaan platform digital seumpama ini dalam perniagaan bukan sahaja meningkatkan pembangunan industri halal di Sabah malah juga memastikan masyarakat Sabah tidak ketinggalan dalam merebut peluang melalui perkembangan teknologi," katanya di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan delegasi syarikat Synxsoft Sdn Bhd yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Mazrie Mahat.
Yakub berkata platform digital CoreHalal akan memberi panduan kepada usahawan mengenai proses mendapatkan pengiktirafan halal dan membantu meningkatkan kecekapan perniagaan halal secara digital.
"Ini kerana platform ini bukan sahaja tertumpu kepada sektor makanan dan minuman tetapi juga merangkumi semua sektor yang disenaraikan di bawah industri halal seperti farmaseutikal, barangan pengguna dan kosmetik," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri akan terus menyokong CoreHalal untuk bekerjasama dengan rakan strategik bukan sahaja di Malaysia malah juga di luar negara seperti Australia, Jepun, Korea Selatan dan Brunei.
Sementara itu, Mazrie berkata pihaknya akan mengembangkan pasaran platform CoreHalal ke Australia pada September dan Jepun pada Oktober ini.
"Usaha seperti ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada syarikat pemula teknologi tempatan di Sabah untuk terus maju dan mengembangkan pasaran mereka ke peringkat global.
"Pada 1 September ini, Synxsoft akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Halal Development Corporation (HDC) semasa Persidangan Perniagaan Halal Dunia di Melbourne, Australia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022
Datuk Yakub Khan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Sabah. --fotoBERNAMA
Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Ketua Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia (KPU RI), Mochammad Afifuddin memaklumkan akan memastikan semua daerah di Indonesia bersiap sedia melaksanakan Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 secara serentak yang berlangsung hari ini.
Ada surat sita barang, tapi tiada waran masuk rumah - Vida
Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah atas dasar kerjasama yang diberikan pekerja, namun ia di luar pengetahuannya.
"Saya rasa tidak berdaya"
"Saya rasa tidak berdaya" itu luah rakyat Palestin yang berjuang untuk hidup berikutan kebuluran selain cuaca yang sangat sejuk di tengah-tengah serangan berterusan Israel.
Tiga belas bulan selepas kempen ketenteraan Israel yang dahsyat di Gaza, penduduk Palestin bergelut dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas sehingga menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang teruk. #AWANInews
Tiga belas bulan selepas kempen ketenteraan Israel yang dahsyat di Gaza, penduduk Palestin bergelut dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas sehingga menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang teruk. #AWANInews
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Platform digital CoreHalal perkasa sistem pengurusan halal di Sabah
CoreHalal dibangunkan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.