SAN FRANCISCO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian bahawa graduan atau lepasan pelajar Malaysia di luar negara wajar untuk menimbang pengalaman sebelum pulang ke tanah air.
Walaupun pandangan sedemikian disifatkan beliau bertentangan pandangan tradisional, namun, pengalaman dan ilmu itu akan menjadikan seseorang graduan lebih berwibawa.
“Tidak semua perlu pulang (ke tanah air) dengan segera. Mereka boleh bekerja dan hantar duit pulang (ke Malaysia).
“Sebagai contoh kepada pandangan tradisional, sejurus selepas graduasi, sama ada PhD atau sarjana, anda perlu balik dan berkhidmat.
“Saya nak cadangkan perubahan, biarkan mereka timba pengalaman, syarikat korporat atau syarikat pemula untuk menggajikan mereka.
“Tak kisah sama di San Francisco atau di New York, biar mereka timba pengalaman dan ia akan memanfaatkan negara apabila mereka pulang ke (Malaysia) nanti.
“Kalau mungkin mereka tidak mahu balik lagi, bagi duit lebih kepada ibu bapa,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan umum di University of California, Berkeley di sini pada Selasa petang waktu tempatan.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, ketika ini terdapat kumpulan yang sedang meneliti berkenaan isu ‘brain drain’ yang dialami Malaysia ketika ini.
“Kita ada kumpulan ketika ini untuk teliti apa yang berlaku di beberapa negara, apa yang menyebabkan mereka tidak mahu balik, tapi itu termasuk juga bagaimana ekonomi diuruskan,” katanya.
Tegas Perada Menteri, ketika ini, Malaysia perlu melakukan reformasi yang sebenar serta pendekatan yang sukar untuk memastikan ekonomi Malaysia terus kukuh dan mampu berdaya tahan dalam menarik pakar dan intelektual tempatan kembali bekerja di Malaysia.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 15 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bergambar dengan sekumpulan pelajar selepas menyampaikan syarahan di University of California, San Francisco, Amerika Syarikat, pada Rabu. - Gambar BERNAMA
KPDN patah cubaan seleweng lebih 6,000 liter diesel, petrol
KPDN Kedah mematahkan cubaan menyeleweng 6,130 liter minyak diesel dan petrol dalam satu serbuan di sebuah premis pemborong minyak berlesen di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, semalam.
Ribuan rakyat Palestin larikan diri dalam serangan Israel di barat daya Gaza
Beribu-ribu rakyat Palestin melarikan diri dari kawasan di barat daya Bandaraya Gaza apabila tentera rejim secara mengejut menyerang mereka buat kali pertama dalam tempoh lebih tiga bulan.
Menteri Luar Uzbekistan lawat Malaysia pada Selasa
Menteri Luar Uzbekistan akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia pada Selasa susulan perbincangan yang diadakan semasa lawatan Anwar Ibrahim ke negara itu pada Mei tahun ini.
PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.
[TERKINI] Boeing mengaku menipu dalam 2 nahas pesawat 737 MAX
Boeing bersetuju untuk mengaku bersalah dan membayar denda AS$243.6 juta (RM1.1 bilion) ke atas dakwaan penipuan mengenai nahas pesawat 737 MAX pada 2018 dan 2019.
Mampukah Malaysia kekang penularan ekstremism?
Fahaman ekstremism menyusup secara senyap dalam komuniti, ia ibarat bom jangka yang boleh meledak pada bila-bila masa. Apa yang harus dilakukan pihak berkuasa? Apa langkah kerajaan urus persepsi fahaman ini? Firdaus Azil ada laporannya.
12 cedera dalam gempa bumi di Jawa Tengah
Gempa bumi berukuran 4.4 magnitud yang melanda daerah Batang, Pekalongan dan Kendal di Jawa Tengah pada Ahad menyebabkan sekurang-kurangnya 12 penduduk cedera.
AWANI Ringkas: Thailand haramkan semula ganja mulai 1 Jan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tidak benar kerajaan abaikan kaum India - PM Anwar
Beberapa peruntukan tambahan yang telah disalurkan Kerajaan Perpaduan khusus bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini adalah bukti kerajaan tidak mengabaikan golongan itu.
Musim candat sotong meriah, tapi ada 'tetamu tidak diundang' curi hasil laut negara
Setiap kali musim candat sotong yang bermula dari April hingga September, kawasan perairan Terengganu sentiasa menjadi tumpuan pelancing. Namun, pada masa sama nelayan asing hanya menunggu peluang untuk ceroboh dan curi hasil laut negara.
Zaliha betulkan istilah 'longkang otak'
Istilah brain drain yang diterjemahkan Oscar sebagai 'longkang otak' adalah tidak tepat.
'Brain drain': Sistem kesan rakyat Malaysia bekerja di luar negara perlu dibangunkan
Kerajaan berpandangan terdapat keperluan untuk membangunkan satu sistem untuk mengesan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara bagi menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau brain drain.
Gaji rendah, kurang pendedahan faktor Malaysia kurang pakar keselamatan siber
Faktor gaji dan kurang pendedahan kepada kerjaya bidang keselamatan siber dilihat antara faktor Malaysia kekurangan pakar dalam bidang berkenaan.
‘Brain drain’ : Biar mereka timba pengalaman, kemudian baliklah ke Malaysia - PM
"Tidak semua perlu pulang (ke tanah air) dengan segera. Mereka boleh bekerja dan hantar duit pulang (ke Malaysia)."
Kerajaan teliti kaedah tangani krisis penghijrahan cendekiawan - PM Anwar
Kementerian berkaitan sedang melibatkan mereka yang boleh menyumbang untuk kembali dan ditempatkan dalam bidang kompetensi tertentu untuk membantu Malaysia.
Fenomena 'brain drain' masih boleh beri manfaat kepada negara - TPM Fadillah
Antara faktor berlakunya brain drain adalah kerana terdapatnya fasiliti dan sistem sokongan yang lengkap di negara lain.
Isu penghijrahan pakar perlu dilihat menyeluruh - Adam Adli
Antara perkara utama perlu diteliti adalah berkaitan permasalahan ekonomi yang dihadapi golongan terbabit.