KUALA LUMPUR: Faktor gaji dan kurang pendedahan kepada kerjaya bidang keselamatan siber dilihat antara faktor Malaysia kekurangan pakar dalam bidang berkenaan.
Pakar Keselamatan Siber Fong Choong Fook berkata pakar bidang itu lebih gemar memilih untuk bekerja di Singapura kerana pulangan yang berganda.
Beliau berkata bidang keselamatan siber adalah antara sektor yang menerima bayaran tertinggi dalam bidang teknologi maklumat (IT) di negara ini, namun jika dibandingkan dengan Singapura, pendapatan di negara itu lebih lumayan disebabkan perbezaan kadar tukaran mata wang.
"Ini kerana pendapatan kasar pekerja siber tempatan negara sekitar RM3,200 manakala di Singapura SGD3,000 (RM10,500) dan ini menjadi faktor negara kita kekurangan pakar keselamatan siber," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Justeru, Fong yang juga Pengerusi Eksekutif LGMS Berhad, sebuah syarikat perunding keselamatan siber, berkata kerajaan perlu memberi insentif atau pengurangan cukai bagi menggalakkan lebih ramai bakat dalam keselamatan siber bekerja di Malaysia.
"Kalau kerajaan hendak capai katakan 25,000 bakat, Malaysia mesti bantu industri tempatan dahulu. Caranya dengan membuat polisi yang boleh menyokong industri ini seperti memberi insentif dan pengurangan cukai, jadi syarikat mampu bayar tenaga kerja dengan gaji lumayan," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pengkomputeran di Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Suhaidi Hassan berkata kurangnya kesedaran dan pendedahan mengenai keselamatan siber menyumbang kepada kekurangan pakar bidang itu.
Beliau berkata ketika pandemik COVID-19, berlaku peningkatan pencerobohan maklumat susulan pembangunan pesat teknologi selain peningkatan kebergantungan masyarakat terhadap internet.
"Awalnya kita tidak sedar benda ini penting tetapi selepas COVID-19, kita mengalami masalah keselamatan siber, saya melihat perlu Malaysia ada lebih ramai pakar dalam bidang ini," katanya.
Suhaidi berkata UUM bekerjasama dengan CyberSecurity Malaysia dalam menawarkan program khusus pada peringkat sarjana muda dan peringkat sarjana ke arah mempertingkatkan lagi kualiti keselamatan siber dalam negara.
"Penambahbaikan dari segi kokurikulum akan sentiasa dilakukan, juga dari segi capaian kemudahan. Kita akan besarkan lagi pengambilan selari dengan keperluan untuk menambah pakar dalam bidang keselamatan siber ini," katanya.
Beliau berkata selain menambah bilangan sumber manusia, kualiti, pengetahuan, kepakaran dalam bidang itu juga perlu sentiasa dikemas kini seiring perkembangan global supaya setiap serangan keselamatan siber boleh dikendalikan dengan baik.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI), Suhaidi berkata Malaysia perlu memperkasakan penyelidik tempatan supaya dapat terkedepan dalam penggunaan teknologi itu.
"Bukan itu sahaja, kita juga perlu memperkasakan agensi teknikal siber negara iaitu CyberSecurity Malaysia," katanya dan menambah rang undang-undang berhubung keselamatan siber perlu diluluskan segera oleh Parlimen.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 25,000 tenaga kerja dalam bidang keselamatan siber pada 2025, namun dianggarkan hanya terdapat 13,000 pakar bidang itu di pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Bidang keselamatan siber adalah antara sektor yang menerima bayaran tertinggi dalam bidang teknologi maklumat (IT) di negara ini. - Gambar hiasan

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

Muafakat antara Indonesia dan Malaysia perlu melangkaui kerjasama ekonomi
Indonesia dan Malaysia juga perlu memperkukuh keselamatan siber yang dipertingkatkan, usaha memerangi keganasan dan keselamatan maritim di rantau Indo-Pasifik.

Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.

Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik
Diplomasi keselamatan siber boleh merapatkan jurang literasi digital dari segi keselamatan siber dalam kalangan negara ASEAN.

Ketua Audit Negara gesa syarikat kerajaan guna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya
Syarikat-syarikat milik kerajaan digesa mengguna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya sebagai pembaharuan dalam kaedah pengauditan bagi memantapkan tata kelola syarikat kerajaan.

Ancaman penipuan dalam talian, keselamatan siber tumpuan hari pertama perbahasan Titah Agong
Kerajaan dicadang tubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu penipuan kewangan dalam talian termasuk pelaburan dan penawaran peluang pekerjaan.

Pentadbiran Trump minta pegawai atasan FBI letak jawatan dalam rombakan besar
Rombakan ini melibatkan pegawai tertinggi di ibu pejabat FBI di Washington, termasuk mereka yang mengawasi keselamatan negara, siasatan jenayah, dan keselamatan siber.

Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.

Malaysia catat 27.9 juta ancaman dalam talian pada 2024 - Kaspersky
Syarikat keselamatan siber global Kaspersky mengesan dan menyekat 27.9 juta ancaman web di Malaysia pada tahun lepas, menokok sebanyak empat peratus daripada 2023.