LUMUT: Dua nelayan warga Indonesia berjaya diselamatkan selepas bot yang dinaiki mereka bocor dan tenggelam pada jarak 53 batu nautika dari barat laut Pulau Perak, di sini, Jumaat lalu.
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, kedua-dua mangsa itu diselamatkan oleh bot tunda Bomber 1601.
"Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Perak telah menerima dua nelayan Indonesia yang diselamatkan oleh bot tunda Bomber 1601.
"Pusat Operasi Maritim Negeri Perak menerima panggilan daripada ejen bot tunda terbabit memaklumkan bot itu mengalami kebocoran dan tenggelam serta telah menyelamatkan dua nelayan ketika dalam pelayaran dari Pulau Langkawi menuju ke Lumut," katanya semalam.
Mohamad Shukri berkata, dua mangsa itu dikenali sebagai M Jabar, 38 tahun, dan Musliadi M Aji, 44 tahun, berasal dari Kabupaten Acheh Timur, Indonesia.
Tambahnya, mereka berada dalam keadaan sihat dan selamat serta diserahkan kepada Maritim Perak bagi tindakan lanjut.
Tegasnya lagi, Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim untuk mematuhi peraturan serta menjaga keselamatan diri apabila turun ke laut khususnya ketika keadaan laut tidak menentu.
Komuniti maritim juga disarankan untuk memastikan segala keperluan peralatan keselamatan dalam keadaan baik khususnya ketika melakukan aktiviti menangkap ikan sebagai langkah awal menyelamatkan diri dari kecelakaan di laut sementara menanti pasukan menyelamat tiba.
Untuk sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di 05-6838737 atau MERS 999.
Aida Aziz
Sun Mar 10 2024
Menurut Maritim Perak, bot nelayan warga Indonesia mengalami kebocoran dan tenggelam ketika dalam pelayaran dari Pulau Langkawi menuju ke Lumut, Jumaat lalu. - Foto ihsan Maritim Perak
[INFOGRAFIK] Pangkalan Haram Sungai Golok
Berikut adalah info berkenaan dengan pangkalan haram Sungai Golok.
Ahmad Nawab ibarat bapa kepada saya - Ramlah Ram
Beliau yang ditemui ketika menghadiri perjalanan terakhir maestro muzik tanah air itu di Gombak kelihatan sebak sepanjang masa, berkali-kali juga mengesat air matanya yang langsung tidak tertahan daripada gugur.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
604 individu ditahan, rampas barang subsidi lebih RM87 juta
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120 kali
OPPO secara rasmi melancarkan siri flagship Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Siri OPPO Find X8 bawa fotografi jarak jauh ke tahap baharu dengan zoom 120x
OPPO secara rasmi melancarkan flagship siri OPPO Find X8 terbaharunya dalam sebuah acara global yang berprestij di Bali, Indonesia, dengan sasaran 50 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Agenda AWANI: COP29 - Kuasa ASEAN Adaptasi Perubahan Iklim
Mengapa isu perubahan iklim harus ditangani secara bersama dan bergerak sebagai satu kuasa rantau ASEAN? #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka 6 pagi kepada pelajar sekolah - Polis
Pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka seawal 6 pagi untuk pelajar yang menetap di Golok, Thailand pergi ke sekolah di Rantau Panjang mulai 1 Dis ini.
Malaysia negara dagang, mesra bisnes, pelaburan
Naik taraf hubungan diplomatik Malaysia-Korea daripada hubungan dua hala kepada kerjasama strategik, antara pencapaian besar dalam lawatan kerja perdana menteri ke Korea Selatan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meluangkan masa bertemu dengan komuniti perniagaan dan konglomerat tempatan dalam misi menarik pelaburan.
Bersama rakan setugas, Irfan Faruqi di Seoul untuk laporan penuh lawatan kerja perdana menteri ke Korea Selatan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meluangkan masa bertemu dengan komuniti perniagaan dan konglomerat tempatan dalam misi menarik pelaburan.
Bersama rakan setugas, Irfan Faruqi di Seoul untuk laporan penuh lawatan kerja perdana menteri ke Korea Selatan.
[TERKINI] Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterangan
Seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini sudah direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.
Bot bocor, tenggelam: Maritim Perak selamatkan dua nelayan Indonesia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Perak telah menerima dua nelayan Indonesia yang diselamatkan oleh bot tunda Bomber 1601.