KUALA LUMPUR: Bongkah konkrit yang terjatuh di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pagi tadi tiada kaitan dengan projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa bongkah konkrit terbabit terjatuh daripada sebuah lori pihak ketiga yang melalui kawasan itu.

"Kerja pengalihan dan pembersihan telah selesai kurang 30 minit dan keadaan traffik kembali seperti biasa," kata Prolintas dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial menunjukkan gambar bongkah konkrit terjatuh di MRR2 dan didakwa daripada projek pembinaan SUKE.

Kejadian pada jam 7.45 pagi itu mengakibatkan trafik jalan raya tersebut sesak ketika orang ramai sedang keluar untuk ke tempat kerja.

BACA: Bongkah konkrit jatuh di laluan MRR2, pemandu lori dikenakan saman