KEPALA BATAS: Semua kawasan berisiko terdedah kebakaran di Pulau Pinang sedang dipantau rapi Jabatan Bomba dan Penyelamat ( JBPM) Pulau Pinang bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini sepanjang musim panas dan kering ketika ini.
Pengarahnya, Saadon Moktar berkata, bomba mengenal pasti sekurang-kurangnya 28 kawasan titik panas (hotspot) yang berisiko mengalami kebakaran .
Ia termasuk kawasan hutan, tapak pelupusan sampah, tanah perkuburan Cina, dan sebagainya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran tanpa kawalan, bagi mengelak kejadian kebakaran yang lebih besar.
"Jabatan bomba telah membuat persediaan kami telah mengenalpasti beberapa 'hotspot' yang kerap kali berlaku pembakaran terbuka.
"Jadi di sini saya menasihatkan orang awam jangan mengambil kesempatan membuat pembakaran sampah secara terbuka kerana dengan cuaca panas keadaan angin kuat ia boleh cepat perebakan kepada yang lebih besar kepada sampah yang dibakar," katanya.
Saadon berkata, berdasarkan statistik dari awal tahun sehingga ke hari ini, sebanyak 724 kes kebakaran telah direkodkan di negeri itu.
Selain itu, pihaknya juga merekodkan 216 kes kebakaran pada musim perayaan sepanjang tahun lepas berbanding 157 kes pada tahun 2021.
Saadon berkata, JBPM negeri juga telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan dari segi keanggotaan dan logistik sebagai persediaan menghadapi kebakaran ketika berhadapan musim cuaca panas.
Dalam pada itu, bagi mengurangkan risiko kebakaran di rumah kediaman menjelang perayaan Aidilfitri, Saadon berkata JBPM akan memberi penumpuan khusus terhadap kempen kesedaran keselamatan kebakaran di rumah.
"Penumpuan JBPM kali ini dari segi kesalamatan kebakaran di rumah, semasa persiapan hari raya ramai terlibat dengan aktiviti memasak jadi saya nasihatkan mereka supaya lebih berhati-hati dalam mengadakan aktiviti memasak.
"Apabila balik kampung pastikan punca elektrik ditutup dengan selamat, ini salah satu punca kebakaran yang kita telah kenal pasti," jelasnya lagi.
Kempen itu juga bagi memberi kesedaran kepada orang awam selepas berlalu insiden kebakaran yang mengorbankan tiga individu yang terperangkap dalam kebakaran di dalam rumah mereka baru-baru ini.
Saadon berkata demikian ketika ditemui media selepas pelanacaran kempen keselamatan dan Pencegahan Kebakaran Peringkat JBPM Pulau Pinang sempena Musim Perayaan Aidilfitri 2023 di sebuah pasaraya di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Apr 18 2023
JBPM akan memberi penumpuan khusus terhadap kempen kesedaran keselamatan kebakaran di rumah. - Astro AWANI
Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran
Beliau menekankan kepentingan untuk menunjukkan semangat juang di gelanggang, kerana ia lebih penting daripada segala-galanya.
AWANI Pagi: Wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak berhak membesar dalam keadaan sejahtera dan bebas daripada sebarang pendedahan kepada risiko pengabaian atau penderaan. Oleh itu adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran selamat bagi mereka. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Kemenangan tipis kembalikan Arsenal ke tangga kedua
Kemenangan itu turut menyaksikan Arsenal kembali ke tangga kedua liga dengan enam mata di belakang Liverpool.
Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan, pengguna jalan raya dinasihat guna laluan alternatif buat sementara waktu.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Ini destinasi Umarbek Eshmurodov selepas tinggalkan Selangor
Pemain berusia 32 tahun itu tidak akan menyambung kontrak berikutan tempohnya bersama The Red Giants bakal tamat hujung bulan ini.
Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki cuba mengelak lori di lorong kanan.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
Dewan di Parlimen Korea Selatan terbakar, 500 dipindahkan
Kebakaran berlaku di sebuah dewan dalam kompleks Parlimen Korea Selatan di barat Seoul pada Sabtu, memaksa hampir 500 orang dipindahkan, lapor agensi berita Yonhap.
7 maut dalam kebakaran di bengkel lilin
Tujuh orang maut dalam kebakaran sebuah bengkel lilin di bandar Shubra El-Kheima, wilayah Qalyubia, utara ibu negara Kaherah pada Khamis, menurut Xinhua yang memetik laporan media rasmi.
11 maut dalam kebakaran kafe di Vietnam
Kebakaran kira-kira 11 malam di Pham Van Dong street, daerah Bac Tu Liem dipercayai berpunca daripada bom petrol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
Depot minyak Itali terbakar, dua maut, sembilan lagi cedera
Kanlaon, setinggi 2,400 meter di atas paras laut di Pulau Negros, adalah satu daripada 24 gunung berapi aktif di Filipina.
Restoran di Pantai Chenang musnah dijilat api
Kebakaran itu menyebabkan restoran berkenaan musnah hampir 100 peratus, namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.
3 maut dalam kebakaran di Palembang, Indonesia
Mangsa yang maut termasuk dua penghuni sebuah rumah serta seorang pekerja bengkel yang identitinya masih belum disahkan.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.