KEMPAS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengesahkan berlaku pencemaran bahan buangan berbahaya berpunca daripada sisa industri di Tali Air Kampung Baru Sri Aman, dekat sini.
Pencemaran dikesan bermula dari tali air ke Sungai Tawakal hingga Sungai Pandan melibatkan radius satu kilometer.
Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis berkata bahan cemar yang dikesan disyaki kimia yang mengeluarkan bau seperti minyak diesel.
"Kita dapat kesan sisa buangan yang kelihatan seperti minyak hitam dan disahkan alat pengesan merupakan methyl alcohol dengan H2O termasuk metanol bahan toksik fatal ingest flammable yang merupakan sisa buangan industri.
"Bomba perlu buat pengosongan radius 1 km membabitkan lebih kurang 25 keluarga dan 102 ahli keluarga yang kita minta pindah ke Balai Raya Kampung Sinaran sehingga keadaan terkawal," kata Yahaya.
Menurut Yahaya, bomba bertindak pantas dengan membuat kepungan di air menggunakan kaedah oil bomb bagi mengelakkan penyebaran bahan cemar.
BACA: Penduduk sesak nafas, tumpahan bahan kimia dikesan di kawasan anak sungai Seelong
Kejadian lewat malam Selasa mengakibatkan empat penduduk dibawa ke hospital selepas dilaporkan mengalami sesak nafas.
Malah ada di antara penduduk difahamkan pengsan dan dibawa ke hospital untuk rawatan.
BACA: 'Sesak nafas sampai ada yang pengsan' - Penduduk gempar bau kuat dari anak sungai Seelong
Sehingga jam 11 pagi, keadaan dilaporkan terkawal dan semua 102 penduduk yang dipindahkan dijangka pulang ke rumah hari ini.
Bomba mengatur gerak 40 pegawai dan anggota, termasuk pasukan khas bahan kimia berbahaya Hazmat di kawasan itu.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Sep 15 2021

Yahaya (kiri) melihat keadaan pencemaran di Tali Air Sungai Tawakal ke Sungai Pandan di Kampung Baru Sri Aman. -Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pencemaran bau: Kandungan bahan kimia dikesan di Sungai Pandan - Bomba
JBPM Johor telah mengambil sampel air dan tanah di Sungai Pandan di Kampung Melayu Pandan susulan pencemaran bau kimia.

Warga emas tahan sakit lebih 20 minit akibat tersangkut di atas pokok rambutan
Kaki mangsa tersangkut di dahan pokok itu pada ketinggian tiga meter.

COVID-19: Bomba Johor terjejas, lapan anggota positif, 176 dikuarantin
Sebanyak empat balai bomba di negeri Johor turut terjejas dan anggota terpaksa dijajarkan ke balai bomba berhampiran.