Penjawat awam diingatkan supaya tidak menyertai sebarang kumpulan atau perhimpunan yang tidak diluluskan di ibu negara Sabtu ini atau berhadapan tindakan tatatertib termasuk buang kerja atau potong gaji.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa yang memberikan amaran itu berkata bentuk tindakan yang akan diambil ke atas penjawat awam yang terbukti terlibat dalam perhimpunan tidak sah hujung minggu ini bergantung kepada tahap penglibatan mereka.
Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga akan mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang sekiranya gambar mereka terlibat dalam perhimpunan tidak sah itu tersiar dalam mana-mana media.
"Kalau ada (penjawat awam) yang jadi pemimpin, tindakan yang dikenakan berbeza daripada yang lain (penjawat awam yang menjadi peserta). Tindakan akan diambil berdasarkan gambar serta aduan yang diterima," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Puspanita Kali Ke-4, di sini hari ini.
Beliau berkata lazimnya penjawat awam tahu yang mereka tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan haram dan beliau berharap mereka tidak akan menyertai perhimpunan kali ini.
Bersih, yang memilih warna kuning sebagai lambang perjuangan mereka, adalah sebuah pergerakan yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia, dan merancang untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, satu lagi pergerakan, yang menamakan mereka kumpulan Baju Merah, mendakwa Bersih bertujuan menggerakkan agenda asing untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dan mengugut untuk menganjurkan perhimpunan balas di tempat sama dan pada hari yang sama.
Pada 8 Nov, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kumpulan Bersih 5.0 masih belum memenuhi prasyarat untuk menganjurkan sebarang perhimpunan pada Sabtu ini.
Beliau berkata kedua-dua notis yang dihantar penganjur gagal mematuhi prasyarat dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Khalid turut dilaporkan berkata tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur Bersih 5.0 dan kumpulan baju Merah sekiranya kedua-duanya masih berhasrat meneruskan perhimpunan masing-masing pada hari berkenaan. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 17 2016

Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Integriti, Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Integriti Nasional 2016 hari ini. - Foto Bernama
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

SOSMA: Pinda segera maksud ancaman kepada negara - Suhakam
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kurang menekankan keseimbangan antara menjaga keselamatan negara dan hak asasi manusia.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

'Tak apalah Bersih bagi D... bukan F' - PM Anwar
Perdana Menteri optimis pentadbirannya akan mencapai 'gred' yang lebih baik pada masa akan datang.

Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.

Undang-undang perlesenan platform media sosial buka ruang penyalahgunaan kuasa
Keputusan menguatkuasakan lesen perkhidmatan media sosial dan pesanan internet dilihat akan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.

BERSIH yakin Bersatu akan bawa keputusan Speaker Dewan Rakyat ke mahkamah
BERSIH yakin Bersatu akan membawa keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke mahkamah bagi melihat tafsiran perundangan ke atas keputusannya.

Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan
Ahmad hairan kenapa Bersih pertikai kenyataan beliau tidak salah bagi menteri atau kementerian anjur program atau umum peruntukan semasa PRK berlangsung.

Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan
Kesembilan individu terbabit ditahan agak jauh daripada tapak perhimpunan ketika sedang beredar.

Kongres Bersih: Kerajaan dituntut segerakan reformasi institusi, hapus Akta Hasutan
Bersih sekali menggesa kerajaan mempercepatkan reformasi institusi termasuk memisahkan peranan Peguam Negara dan pendakya raya serta pelantikan Pengerusi SPR melalui Parlimen.

Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.