KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MoF) harus berperanan dalam menentukan taraf gaji yang sesuai untuk hidup di bandar dengan bersandarkan kepada Model Gaji Progresif.
Penasihat Buruh Antarabangsa, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D'Angelus berkata, ini berikutan setiap kawasan mempunyai kos sara hidup yang berbeza.
Tambah beliau, gaji minimum RM1,500 adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup terutama bagi individu yang bekerja di bandar-bandar besar.
Tegasnya, ia juga memerlukan komitmen majikan untuk tidak menafikan hak pekerja serta tidak mengekploitasi gaji pekerja sungguhpun syarikat mencatatkan keuntungan besar.
Jelasnya, syarikat juga bebas untuk meningkatkan produktiviti dan kemahiran pekerja, namun, ia juga perlu diselarikan dengan pembayaran gaji yang bermaruah.
Hafizi Rosli
Fri Jul 07 2023
Menurut SPCAAM, gaji minimum RM1,500 adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup terutama bagi individu yang bekerja di bandar-bandar besar - Foto/BERNAMA
31 warga Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia secara haram
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, hari ini.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Segera bina kolam bawah tanah, usah 'bazir' beri peruntukan mangsa banjir - Penganalisis
Prof Madya Ir Dr Mohd Fadhil Md Din berpandangan, ia terbukti apabila banyak projek kediaman dibangunkan tanpa ada tambahan saliran atau kolam tadahan baharu.
Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.
AWANI 7:45 [13/1/2025] – Tidak Ada Sijil Halal | Bukit Aman Siasat KJ | JPJ Gempur Puspakom | Makin Buruk
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jakim sahkan sandwic ham dan keju di UM tiada sijil halal
- Titah adendum: Dakwa dua menteri cuba sembunyi, polis siasat KJ
- Banyak sangat keciciran, kerajaan mahu wajibkan sekolah menengah
- Kebakaran di Los Angeles memburuk, korban meningkat ke 24 orang
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jakim sahkan sandwic ham dan keju di UM tiada sijil halal
- Titah adendum: Dakwa dua menteri cuba sembunyi, polis siasat KJ
- Banyak sangat keciciran, kerajaan mahu wajibkan sekolah menengah
- Kebakaran di Los Angeles memburuk, korban meningkat ke 24 orang
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Kelantan peruntuk RM41 juta kepada PBT tahun ini
Kerajaan negeri memperuntukkan RM41 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun ini termasuk bagi menggiatkan lagi kempen 'Kelantanku Bersih'.
ASEAN harus perkukuhkan amalan kemampanan untuk penuhi visi Komuniti ASEAN 2045 - Setiausaha Agung
ASEAN harus memperkukuhkan kepimpinan globalnya dalam amalan kemampanan untuk memenuhi agenda Wawasan Komuniti ASEAN 2045 yang dijangka akan dimuktamadkan semasa pengerusi ASEAN Malaysia tahun ini.
Gempa bumi 6.9 magnitud landa Kyushu Jepun, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 melanda wilayah Kyushu di selatan Jepun pada Isnin, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Cuba sogok anggota polis, SPRM tahan dua warga asing
SPRM menahan dua warga asing disyaki cuba memberi sogokan RM1,000 kepada anggota polis bagi mengelak ditahan atas kesalahan memandu motosikal tanpa lesen dan nombor plat tidak lengkap, semalam.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5.0 peratus pada 2025 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi.
BMI jangka BNM kekalkan kadar OPR pada 3.0 peratus
BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus pada mesyuaratnya 22 Januari ini.
Ringgit bergerak pada hala tuju betul, ceminkan asas ekonomi - BNM
Ringgit bergerak dalam hala tuju yang betul, mencerminkan asas ekonomi yang kukuh dan prospek pertumbuhan negara untuk beberapa tahun akan datang, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Juruterbang rugi RM1.36 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang juruterbang terpaksa menanggung kerugian lebih RM1.36 juta selepas terpedaya dengan penipuan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Instagram.
KSI unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.9 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar.
Pertumbuhan kredit sektor swasta bukan kewangan naik 5.2 peratus pada November
Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata pertumbuhan dalam pinjaman perniagaan kekal pada 5.4 peratus.
Insurans kesihatan: Inisiatif BNM berisiko jika tiada pelan jangka panjang - Galen Centre
Inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan dua langkah interim bagi mengurangkan beban kewangan pemegang polisi insurans dan takaful kesihatan harus dipuji.
BNM umum dua langkah kurangkan beban kenaikan bayaran premium insurans
BNM melaksanakan dua langkah interim bagi mengurangkan beban kewangan kepada pemegang polisi insurans, susulan kenaikan pembayaran premium yang dialami baru-baru ini.
Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Dis, 2024
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$118.1 bilion (AS$1=RM4.50) pada 13 Dis 2024, berbanding AS$118.3 bilion pada 30 Nov, 2024.
Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.