Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pertumbuhan dalam pinjaman perniagaan kekal pada 5.4 peratus.
"Pertumbuhan pinjaman bagi pinjaman berkaitan pelaburan terus menggalakkan, khususnya dalam kalangan peminjam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada 9.4 peratus; (Oktober 2024: 9.2 peratus)," kata bank pusat itu.
Sementara itu, pinjaman bagi tujuan modal kerja menurun kepada 3.5 peratus berbanding 3.8 peratus pada Oktober 2024.
BNM berkata pertumbuhan pinjaman isi rumah dikekalkan pada 6.0 peratus (Oktober2024: 6.1 peratus).
Sistem perbankan terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat nisbah perlindungan mudah tunai sebanyak 147.9 peratus (Oktober 2024: 146.8 peratus).
Agregat nisbah pinjaman kepada dana secara amnya stabil pada 83.6 peratus berbanding 84 peratus pada Oktober 2024.
Ia juga berkata kualiti aset sistem perbankan kekal kukuh, dengan keseluruhan nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih masing-masing kekal stabil pada 1.5 peratus dan 0.9 peratus.
Nisbah perlindungan kerugian pinjaman (termasuk rizab pengawalseliaan) terus berada padatahap berhemat sebanyak 128.1 peratus daripada pinjaman terjejas (Oktober 2024: 126.6 peratus).
-- BERNAMA