Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang hari ini senada dalam menyokong Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 dalam memastikan kepentingan rakyat terbela.
Antara penyokong kerajaan yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyatakan sokongan terhadap rang undang-undang itu ialah Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) dan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort).
Tajuddin memuji usaha Kementerian Kewangan yang berjaya merancang dan mengatur langkah bagi mengatasi permasalahan dan kebajikan rakyat sekali gus membantu kebangkitan semula ekonomi negara.
"Kita lihat bahawa dengan mewujudkan keadaan di mana rakyat terbela dan dibela, dan juga bantuan kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana, Insha Allah ekonomi kita akan bangkit semula," katanya pada sesi perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat.
Azizah pula membangkitkan persoalan sama ada peruntukan RM45 billion itu mencukupi dengan mengambil kira keadaan semasa atau ia perlu ditambah memandangkan pengakhiran pandemik COVID-19 masih belum jelas.
Dalam pada itu, rata-rata Ahli Parlimen pembangkang pula menyatakan sokongan bersyarat dan mahu perbelanjaan bagi rang undang-undang itu ditambah demi kepentingan rakyat susulan pandemik COVID-19.
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mencadangkan peruntukan sebanyak RM45 bilion ditambah sekali ganda atas alasan ia tidak mencukupi walaupun ia akan menaikkan hutang kerajaan persekutuan.
"Tetapi dalam keadaan yang amat membimbangkan ini dalam keadaan krisis ini, saya rasa lebih penting untuk kita selamatkan pekerjaan dan peniagaan daripada bimbang tentang kenaikan hutang...Itu sesuatu yang boleh kita terima dengan syarat ia disalurkan kepada rakyat," katanya semasa membahaskan rang undang-undang itu.
Ujarnya, tender terbuka perlu dibuat supaya tidak berlaku ketirisan agar kerajaan dapat memastikan impak suntikan dana itu boleh dirasai semua orang dan tidak terhad kepada syarikat gergasi serta kroni-kroni tertentu sahaja.
Perkara itu dipersetujui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang bangkit mencelah dan menyokong peruntukan kerajaan ditambah sebagai suntikan bagi menjana semula ekonomi negara.
Selain itu, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) berkata Pakatan Harapan (PH) tidak menolak keperluan dan kewajaran perbelanjaan itu namun menyatakan keperluan untuk peruntukan tersebut ditambah dalam usaha mengatasi masalah yang timbul daripada pandemik COVID-19.
Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) ketika berbahas berharap semua Ahli Parlimen menyokong rang-rang undang itu selain mengurangkan pembaziran wang dan berbelanja untuk rakyat yang memerlukan.
"Saya harap kita semua senada dalam hal pemulihan ini dan kurangkanlah segala bentuk perbelanjaan yang membazir. Pembaziran ini kalau dikurangkan, boleh dibelanjakan kepada rakyat yang amat memerlukan," katanya.
Persidangan dewan bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020

Usaha Kementerian Kewangan yang berjaya merancang dan mengatur langkah bagi mengatasi permasalahan dan kebajikan rakyat dipuji.

Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit rendah kepada 4.4310/4440 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4375 pada Khamis.

Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musnah dalam kebakaran di Kundasang
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

98.86 peratus pelajar SBP ambil pakej STEM - KPM
Semua sekolah berasrama penuh (SBP) sedang melaksanakan pakej bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha merealisasikan sasaran dasar 60 peratus murid dalam bidang STEM.

Suntikan modal tidak manfaatkan pemegang saham, pengurusan Sapura Energy - PM Anwar
Dalam usaha penstrukturan semula SEB, pemegang saham utama sebelum ini tidak lagi terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut.

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

PM Anwar sampaikan sumbangan TabungKasih@HAWANA kepada pengamal media veteran
Sumbangan itu disampaikan Perdana Menteri ketika menyantuni pengamal media berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri.

KBS perlu kaji semula kursus, latihan kemahiran agar selari kehendak industri - PM Anwar
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji semula kursus dan latihan kemahiran agar memenuhi kehendak industri.

Projek pembangunan dan kebajikan rakyat diteruskan di semua kawasan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi jaminan segala projek pembangunan dan kebajikan rakyat di semua kawasan akan diteruskan.

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.