Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Biro Tatanegara (BTN) masih relevan dan mampu meneruskan perjuangan kerajaan.
Tegas beliau, BTN melahirkan generasi yang ada semangat patriotisme dan sekali gus memastikan keamanan negara.
Jelasnya, warga BTN sejak dulu hingga kini berperanan penting dalam memastikan kerajaan terus menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.
"Apabila kita sebut generasi TN50 iaitu generasi yang akan datang ini dan hari ini, mereka inilah yang mesti kita tanam dengan daya juang dan semangat patriotisme cukup tebal kerana inilah jaminan masa depan kita yang terbaik.
"Jadi saya ucap terima kasih kepada warga BTN sebab main peranan teruskan perjuangan kerana BTN masih relevan," katanya semasa berucap pada Majlis Himpunan Perdana warga, sahabat dan bekas peserta BTN bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Pada masa sama, beliau melahirkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana banyak menyuntik semangat kepada BTN dan menjadi asas penubuhannya.
"BTN yang sangat rapat dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi sejak dulu lagi, ditubuh dengan peranan dan objektif yang khusus untuk menyumbang kepada terbentuknya minda dan semangat di kalangan rakyat Malaysia untuk membantu menjamin sebuah kerajaan yang dapat melangsungkan kepimpinannya dan kekuasaannya.
"Ini kerana agenda kita atas nama bangsa dan negara dan menjangkau tempoh yang memerlukan sebuah kerajaan yang dapat bertahan lama," tambahnya.
Ujarnya, generasi baru hari ini bertuah kerana lebih terdidik oleh perjuangan yang dibawa kerajaan.
Malah, Perdana Menteri yakin mereka akan mampu menempa masa depan yang lebih baik hasil didikan dan perjuangan berkenaan.
Rahimah Abdullah
Sat Jul 15 2017

Jelas PM Najib, warga BTN sejak dulu hingga kini berperanan penting dalam memastikan kerajaan terus menjadi tunjang kepada pemerintahan negara. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).

Peralihan jawatan tidak akan melemahkan kedudukan Tok Mat - Penganalisis
Pandangan bahawa portfolio Menteri Luar adalah 'cold storage' tidak benar kerana Tun Abdullah yang pernah menjawat jawatan itu akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri.

KJ pertahan bapa mentua, Tun Mahathir perjelas sebab 'kecewa' dengan Pak Lah
Antara tiga perkara utama yang mencetuskan perbezaan ialah berkaitan jambatan dengan Singapura; penjualan MV Agusta serta rel landasan berkembar.

'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.

'Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia
Khairy berkata, situasi Pak Lah merosot ke tahap - 'tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' dan badan Pak Lah tidak berfungsi seperti sediakala.

"Sama-sama kita doakan Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera"
Izad berkata dia sendiri mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarga Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.

Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Pakar Perlembagaan
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu pernah dilaksanakan di Dewan Rakyat tanpa titah Seri Paduka Baginda.
![[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil [KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623601658_AnnuarMusa.jpg)
[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil
Telah tular mengenai tweet Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tentang kunjungan beliau dan isteri ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).