Peserta industri telah mencadangkan supaya Lembaga Pelancongan Langkawi ditubuhkan sebagai sebuah badan khusus untuk memajukan lagi industri itu di pulau peranginan ini yang kini mengalami penurunan jumlah pelancong.
Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat, Juhari Bulat berkata jika cadangan itu diluluskan oleh kerajaan, lembaga tersebut akan dapat menumpukan perhatian yang khusus kepada pelancongan berbanding fungsi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sekarang.
"Kita bagi cadangan untuk menubuhkan Langkawi Tourism Board kerana dalam LADA sekarang, cuma ada satu bahagian sahaja khusus tentang pelancongan. Penekanan kepada pelancongan itu tidaklah begitu hebat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan majlis perbincangan halatuju pelancongan Langkawi bersama-sama 70 buah peserta industri di sini.
Tanpa menyatakan angka secara spesifik, beliau berkata jumlah pelancong yang datang ke pulau ini menurun kira-kira lima peratus dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
"Kita dapati memang ada penurunan jumlah ketibaan pelancong tetapi tidaklah begitu meruncing. Kita cuba nak bendung supaya ia tidak terus menurun dan mungkin boleh menaik semula," katanya.
Juhari yang juga Timbalan Yang Dipertua DUN Kedah berkata para pengkaji pelancongan di universiti-universiti tempatan turut dialu-alukan untuk membuat kajian terperinci punca penurunan jumlah pelancong yang dihadapi di Langkawi sekarang.
Beliau berkata banyak universiti di negara ini yang menawarkan bidang pengajian pelancongan yang boleh menjalankan penyelidikan yang khusus ini bagi membantu industri berkenaan.
"Kita bolehlah mengangkat perkara ini untuk dikaji oleh pihak universiti dan kita juga minta cadangan daripada pihak universiti bagaimana kita dapat meningkatkan lagi pelancongan di Langkawi ini," katanya.
Menurutnya kesemua input yang diperoleh daripada perjumpaan yang berlangsung kira-kira tiga jam itu akan disusun semula bagi membentuk satu pelan tindakan yang akan digerakkan bermula tahun depan.
Katanya maklum balas yang diperoleh daripada perjumpaan ini juga akan diperhalusi untuk dibincangkan dengan Perdana Menteri dan Anggota Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 20 2018

Langkawi terkenal dengan pelbagai tawaran menarik untuk mengisi agenda pelancongan. - Gambar hiasan
S&P 500: Prestasi setakat 5 Mac 2025
Gambaran menyeluruh Indeks S&P 500 disediakan oleh MarketWatch, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham-saham dalam Indeks Standard & Poor's 500 disusun mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman tentang corak prestasi pasaran. Setiap saiz saham mencerminkan permodalan pasaran (market cap), mencerminkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Kuasa AI dalam rekaan: Pixlr saingi industri gergasi
Pembangunan bakat tempatan sehingga ke insentif kerajaan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) Malaysia. Apakah strategi terbaik untuk memperkasakan industri ini, dan bagaimana Pixlr berperanan dalam membentuk masa depan AI dalam sektor kreatif?
Ketahui lebih lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pixlr Group, Warren Leow, dalam perbincangan eksklusif mengenai rekaan, inovasi, daya saing global, dan hala tuju AI Malaysia.
Ketahui lebih lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pixlr Group, Warren Leow, dalam perbincangan eksklusif mengenai rekaan, inovasi, daya saing global, dan hala tuju AI Malaysia.

Muhammad Darwisy ada masalah jantung sejak lahir - Baddrol Bakhtiar
Selain ibu, ayah dan dua orang kakak, Muhammad Darwisy yang berusia 12 bulan turut meninggalkan pasangan kembarnya, Dhiya Dinara.

Sidang kemuncak Arab di Kaherah terima pelan pembinaan semula Gaza Mesir sebagai inisiatif 'bersatu'
Kenyataan akhir sidang kemuncak menetapkan bahawa pelan dikemukakan oleh Mesir sebagai satu rancangan komprehensif Arab.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Sabah destinasi percutian tawar harga berpatutan - Joniston
Mereka dapat meneroka destinasi baharu, mendalami budaya tempatan, serta memupuk perpaduan dan pemahaman lebih mendalam dalam kalangan rakyat.

Scoot dijangka tambah kekerapan penerbangan ke Sarawak guna pesawat baharu Embraer
Scoot dijangka dapat meningkatkan kekerapan penerbangannya antara Singapura dan Sarawak bermula Mei ini selepas menambah pesawat baharu Embraer kepada kumpulan pesawatnya.

Kuching destinasi pelancongan harga paling berpatutan bagi percutian akhir tahun
Agoda menganalisis purata caj bilik bagi destinasi-destinasi pelancongan dari 22 hingga 31 Disember.

Pelancongan di Langkawi semakin rancak, bukan lumpuh - MB
Penerbangan masuk ke Langkawi direkodkan antara 20 hingga 30 sehari yang mana lebih tinggi pada hujung minggu dan hari cuti.

Pulau Bidong jadi tumpuan peminat sejarah dan alam semula jadi
Keindahan terumbu karang, peninggalan sejarah pelarian Vietnam, kepelbagaian flora dan fauna yang masih tidak 'terusik' menaikkan nama pulau ini.

Selepas Boracay, destinasi resort kedua paling popular di Filipina diarah tutup?
Paras bakteria coliform yang tinggi dikenal pasti di dua kawasan di bandar El Nido.

Selangor sasar 9 juta pelancong tahun ini
Jumlah sasaran pelancong ke Selangor pada tahun ini, dapat dicapai susulan negeri berkenaan mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang unik.

MAHB lancar dana RM5 juta tingkatkan pelancongan Langkawi
Dana itu ditawarkan kepada penggiat industri yang layak seperti syarikat penerbangan, ejen serta operator pelancongan dan syarikat pemasaran destinasi.

Garis Masa 2018: Imbasan isu, berita dan peristiwa pelancongan
Kerancakan industri pelancongan sepanjang tahun 2018 digerakkan lebih daripada aspek-aspek tersebut.

Bilangan pelancong menurun? Pemain industri cadang tubuh Lembaga Pelancongan Langkawi
Lembaga itu akan dapat menumpukan perhatian yang khusus kepada pelancongan berbanding fungsi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sekarang.