Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini melancarkan Dana Promosi Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITPF) bernilai RM5 juta dalam usaha menjayakan kempen pemasaran dan promosi Langkawi sebagai destinasi percutian.
Program itu berlangsung selama dua tahun mulai Jun 2019 dengan sokongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan dana itu ditawarkan kepada penggiat industri yang layak seperti syarikat penerbangan, ejen serta operator pelancongan dan syarikat pemasaran destinasi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Raja Azmi Raja Nazuddin berkata MAHB telah menggiatkan usaha dengan memperbaiki hubungan rangkaian dan mempromosikan pelancongan terutamanya di lapangan-lapangan terbang kedua seperti Langkawi untuk meletakkan Malaysia sebagai hab penerbangan global.
Insentif juga ditawarkan untuk menarik syarikat-syarikat penerbangan yang baharu dan melalui program ini, syarikat-syarikat penerbangan yang baharu akan menerima satu pengecualian caj mendarat dan sokongan dalam menanggung kos operasi mereka bagi tahun pertama operasi di lapangan terbang MAHB.
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) merekodkan pergerakan trafik penumpang sebanyak 2.7 juta pada tahun lepas dan 13 peratus daripada jumlah itu adalah penumpang antarabangsa, katanya.
LGK juga menyaksikan pertumbuhan sebanyak 30 peratus dalam pergerakan trafik antarabangsa berbanding 2017.
Beliau berkata demikian pada tiga acara berasingan yang berlangsung di LGK pada Selasa, iaitu pelancaran LITPF, majlis sambutan untuk penerbangan sulung Malindo Air dari Phuket, Thailand ke Langkawi dan pelancaran 'Himpun', pameran yang memperkenalkan produk terbaik usahawan tempatan.
Acara itu diadakan bersempena dengan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA'19) di Langkawi, ia turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy dan Pengerusi MAHB, Tan Sri Datuk Zainun Ali.
Penambahan laluan Phuket-Langkawi yang baharu itu telah meningkatkan jumlah destinasi dari LGK kepada 18, tujuh daripadanya adalah destinasi antarabangsa.
Laluan Phuket-Langkawi baharu Malindo Air akan beroperasi tiga kali seminggu dan menawarkan peluang mereka yang bercuti melakukan lawatan ke pulau-pulau antara kedua-dua negara tersebut.
Hubungan penerbangan itu memudahkan pelancong untuk terbang dari Phuket ke Langkawi dan meneruskan pengembaraan mereka menerokai bahagian lain di Laut Andaman.
Malindo Air telah membawa kira-kira setengah juta penumpang ke Langkawi sejak 2017.
Sementara itu, Pameran 'Himpun' di LGK merupakan kerjasama di antara MAHB dan Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) yang bertujuan mempamerkan fesyen, kraftangan, makanan dan produk terbaik Malaysia kepada pengunjung antarabangsa.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada strategi komersial bermatlamat untuk meningkatkan profil runcit LGK.
LGK merupakan yang pertama lapangan terbang di bawah pengurusan MAHB untuk mendapat manfaat daripada strategi komersial itu.
Sementara itu, Loke dalam ucapannya memuji usaha MAHB dalam mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab pilihan di rantau ini.
"Malaysia sudah memiliki kekuatan sedia ada, antaranya adalah lokasi strategiknya di ASEAN, sambungan rangkaian yang mantap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kos operasi penerbangan yang rendah.
"Kami juga terletak dalam rantau Asia Pasifik dan menurut Persatuan Pelancongan Udara Antarabangsa (IATA), Malaysia dijangka menerima pertumbuhan penumpang antarabangsa (purata tahunan) sebanyak 4.6 peratus dari 2016 ke 2036, ketiga tertinggi selepas Afrika dan Timur Tengah," katanya.
Bagi memantapkan kedudukan negara sebagai hab, ianya adalah penting untuk mempunyai jumlah penerbangan antarabangsa yang tinggi dengan destinasi antarabangsa yang banyak.
"Itu sebabnya kami perlu menarik lebih banyak syarikat penerbangan asing untuk beroperasi di Malaysia, bukan sahaja di KLIA tetapi juga di lain-lain lapangan terbang antarabangsa di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2019

MAHB melancarkan Dana Promosi Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITPF) bernilai RM5 juta. -Gambar fail

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.

KRW FC perlu RM2 juta untuk beraksi pada saingan A1 Liga Malaysia
Dana tersebut termasuk untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang dalam pasukan itu selain perbelanjaan pengurusan dan kelab.

Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.

SPKK kumpul dana RM10,000 untuk Palestin
Kempen ini adalah simbol solidariti rakyat Malaysia terhadap Palestin dan mencerminkan nilai ihsan serta belas kasihan.

Ireland peruntuk dana lindungi kejutan ekonomi daripada Trump - PM
Pihak berkuasa Ireland memperuntukkan dana yang besar untuk melindungi negara daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza
Katanya, China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.

Belia perlu kreatif manfaatkan sumber untuk menggerakkan persatuan - Adam Adli
Isu dana persatuan yang tidak mencukupi sering dibangkitkan setiap kali sesi pertemuan dengan pertubuhan belia.

TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.

Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.

Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.