LABUAN: Telur kini menjadi antara barang buruan dalam kalangan pembeli di pulau bebas cukai ini kerana kesukaran mendapatkan bahan mentah ini biarpun selepas ketiadaan sekatan pergerakan akibat COVID-19.
Kebimbangan mengenai kekurangan bekalan telur di seluruh negara dibangkitkan selepas jumlah pembelian bagi pembeli dihadkan oleh peniaga dan gambar rak kosong di pasar raya besar dan pasar raya tersebar di sini.
Walaupun banyak kedai sudah pulih daripada kesan pandemik dan mampu memastikan barangan memenuhi rak, telur masih sukar ditemukan kerana peniaga bergelut untuk memenuhi permintaan.
Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan Dr Larry David berkata kekurangan bekalan itu berikutan eksport telur dari Sabah yang terhad ke pulau ini dan kerana peningkatan dalam permintaan.
"Kami telah meminta bekalan satu juta telur sebulan dan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah November tahun lepas tetapi untuk rekod kami hanya menerima 750,000 telur daripada pembekal.
Sebelum ini Labuan menerima dua juta telur setiap bulan dan satu juta itu sebenarnya masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang meningkat di sini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Pengurus Bataras Sdn Bhd Elfriene Aguinaldo berkata mereka menerima dua kali penghantaran berjumlah 3,000 bekas setiap satu berisi 30 butir telur daripada pelbagai gred (A,B,C dan gred telur premium) setiap minggu.
"Daripada 3,000 itu sekurang-kurangnya 30 peratus akan disalurkan kepada cawangan kami di Kompleks Ujana Kewangan dan bakinya untuk mengisi rak kami untuk kedai kek yang merupakan pelanggan tetap dan pengguna yang datang terus.
Bekalan telur boleh bertahan dalam sehari setelah tiba, kami mengalami masalah bekalan bagi semua gred telur ... kami sedang bekerja keras untuk mengatasinya dan memohon maaf di atas sebarang kesulitan," katanya yang menguruskan pasar raya besar terbesar di Labuan itu.
Aguinaldo berkata harga satu bekas telur untuk Gred A ialah RM15.30 (RM14.70 sebelum ini), Gred B RM15 (RM14.40 sebelum ini) dan RM14.70 (RM14.10 sebelum ini) bagi setiap bekas untuk Gred C, meningkat antara RM0.40 dan RM0.60.
"Melihat kepada kenaikan permintaan telur, kuota bekalan telur kepada Bataras seharusnya ditingkatkan," kata beliau.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan Junaidah Arbain berkata bekalan telur tidak berubah biarpun harga meningkat.
"Jumlah bekalan kekal stabil dalam beberapa bulan lepas di tengah-tengah sedikit kenaikan harga tetapi ia masih tidak melebihi harga siling," katanya.
Beliau berkata terdapat aduan daripada orang ramai di atas harga telur yang tinggi tetapi hanya melibatkan gred premium yang bukan dalam kawalan KPDNHEP.
--BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

Walaupun banyak kedai sudah pulih daripada kesan pandemik dan mampu memastikan barangan memenuhi rak, telur masih sukar ditemukan kerana peniaga bergelut untuk memenuhi permintaan. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu
Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Muhyiddin Yassin mula ternak ayam...
Tan Sri Muhyiddin mula ternak ayam penelur sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah bekalan telur di pasaran.

DUN Perak: Bekalan daging, telur di Perak stabil - Exco
Pengeluaran bekalan daging serta telur ayam dan itik di Perak berada pada tahap stabil dan melebihi kadar sara diri negeri bagi tempoh lima tahun.

Bekalan telur lebihi permintaan, Fama akan buka lebih 1,300 pasar tani - Zahid
Bekalan telur dalam negara ketika ini telah berada pada tahap melebihi daripada permintaan.

Bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri mencukupi - DVS
DVS sentiasa komited dalam memastikan bekalan telur ayam negara terus stabil dan sentiasa prihatin terhadap keperluan serta kebajikan rakyat Malaysia.

Senarai 30 barang kawalan sempena Aidilfitri diumum 13 April - Salahuddin
Salahuddin berkata senarai barangan itu turut termasuk bahan utama dalam pembuatan kuih raya.

Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.

Lebih 18 juta telur ayam diedarkan FAMA sejak November 2022
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sebanyak 18.06 juta biji telur ayam untuk dipasarkan melalui 368 outlet peruncitannya sejak November tahun lepas hingga hari ini.

Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman
Ka Siong bingung hanya kerana utarakan masalah rakyat di Dewan Rakyat, beliau disaman pengimport telur dari India.

Kerajaan akan kaji subsidi ayam, telur Jun ini - Mohamad Sabu
Setakat ini sebanyak RM1.8 bilion subsidi telah diperuntuk kepada penternak dan pengeluar terlibat dan ia dijangka meningkat melebihi RM2 bilion sehingga Jun ini.