KUALA LUMPUR:Pilihan raya umum tidak sesuai dijalankan selagi mana 60 hingga 70 peratus rakyat negara ini tidak menerima suntikan vaksin COVID-19.
Selain itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani berpandangan, keputusan untuk mengadakan pilihan raya juga perlu mengambil kira nilai kebolehjangkitan atau R-naught (R0) berada di bawah 0.5.
Jelas beliau, jika kedua-dua perkara itu tidak dipertimbangkan, ia akan memberi risiko besar kepada sistem kesihatan negara.
"Jika dah ada vaksin, ambil masa sedikit untuk membangunkan imuniti ataupun dapat menjana ketahanan jangkitan terhadap COVID-19, barulah pada waktu itu selamat untuk kita adakan pilihan raya.
"(Selain itu), pada waktu tersebut kita lihat kepatuhan (terhadap prosedur operasi standard (SOP), dan nilai R0. Nilai R0 semasa ketika ini 1.12.
"Kita jangkakan kalau tiada pencegahan, maksudnya tiada vaksin, SOP masih macam biasa... ada yang patuh, dan tidak patuh, jumlah kes harian boleh meningkat 3,000 sehari pada awal bulan Februari.
"Juga dengan nilai R0 sama, kes boleh mencecah 8,000 sehari pada bulan Mei," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, beliau berkata kegagalan mematuhi SOP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah membuktikan peningkatan kes dan kewujudan kluster baharu.
Sementara itu, jika dibanding dengan pilihan raya di negara-negara seperti Singapura dan New Zealand, katanya kadar kes jangkitan di negara tersebut masih terkawal, ketika itu.
"Skala pilihan raya di Singapura dan New Zealand adalah lebih kecil jika nak dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jika diadakan di Malaysia kelak.
"Apabila kita lihat pilihan raya Presiden di Amerika Syarikat (AS), peningkatan kes mendadak dicatatkan di negara itu. Buat pertama kali dalam sejarah AS mencatatkan lebih 100,000 kes sehari, yang mana angka itu tidak pernah dicapai sebelum pilihan raya," ujar beliau.
Setakat ini, tiada modul pelaksanaan pilihan raya dari negara-negara lain yang boleh dijadikan contoh sepenuhnya.
Namun, SOP yang dilaksanakan di Singapura seperti melanjutkan tempoh pengundian dan pendaftaran pengundi secara dalam talian, boleh dipertimbangkan, katanya.
Hasimi Muhamad
Sat Jan 09 2021
Pakar Perubatan Kesihatan Awam USIM, Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani berpandangan, pilihan raya umum tidak sesuai dijalankan selagi mana 60 hingga 70 peratus rakyat negara ini tidak menerima suntikan vaksin. - Gambar fail
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.
Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.
Pencemaran bau: Perkembangan berkaitan sekolah diumum esok
Perkembangan membabitkan persekolahan di Taman Mount Austin, Taman Daya, Taman Istimewa dan Kampung Melayu Pandan di sini yang dilanda pencemaran bau akan diumumkan esok.
MCMC adakan libat urus dengan penyedia platform media sosial bulan ini
MCMC akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan SOP melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.
Kelulusan projek pembangunan baharu di KL ditangguhkan sementara - Dr Zaliha
Semua kelulusan projek pembangunan baharu di Kuala Lumpur ditangguhkan buat sementara waktu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.
Lesen media sosial pastikan penyedia platform ketat SOP, kekang jenayah dalam talian
Lesen itu adalah bagi mempertanggungjawabkan semua penyedia platform media sosial agar mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan komuniti.
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.