KUALA LUMPUR: Syarikat modal teroka Capital A Bhd, BigPay melancarkan kemudahan pinjaman peribadi pertamanya sebagai sebahagian daripada tawaran pembiayaannya di Malaysia.
Produk tersebut dilancarkan di bawah BigPay Later Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh dalam kumpulan BigPay dan pemegang lesen pinjaman wang digital.
Produk itu buat masa ini ditawarkan kepada pengguna terpilih dan akan dilancarkan secara berperingkat kepada lebih ramai orang.
Ketua Pegawai Eksekutif BigPay dan Pengasas Bersama, Salim Dhanani berkata pelancaran produk pinjaman peribadi berkenaan membawa syarikat teknologi kewangan itu selangkah ke hadapan untuk merapatkan jurang kewangan.
"Masih ada rakyat Malaysia tidak mendapat kemudahan kredit seperti ini kerana mereka perlu mempunyai rekod kredit yang boleh diterima yang diperlukan oleh bank, ia secara langsung memberi kesan kepada keupayaan untuk membina kedudukan kewangan dalam tempoh jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata BigPay mempunyai keupayaan untuk memanfaatkan pangkalan datanya yang luas dan pelanggan setia kepada jenamanya.
''BigPay berkongsi etos dan prinsip yang sama seperti Capital A dan AirAsia iaitu memberi perhatian kepada kemampuan, kebolehcapaian serta keterangkuman,'' katanya.
Pinjaman peribadi yang ditawarkan bersama kadar faedah lebih rendah berbanding dengan kadar kad kredit standard dan lebih mudah untuk memohon kerana ia melalui proses digital.
Pengguna juga boleh mendapat maklumat serta merta menggunakan kalkulator pinjaman dalam aplikasi tersebut untuk memastikan kemampuan dan permohonan mereka boleh diluluskan dalam tempoh beberapa minit.
Produk peribadi itu dikawal selia sepenuhnya oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Ia boleh didapati di aplikasi BigPay, papan pemuka aplikasi itu menampilkan jadual pembayaran balik yang telus dan pilihan pembayaran automatik untuk mengelakkan kelewatan pembayaran balik oleh pengguna.
BigPay menawarkan pelbagai produk kewangan terkawal termasuk akaun e-wang, kiriman wang antarabangsa, insurans mikro dan belanjawan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
BigPay melancarkan kemudahan pinjaman peribadi pertamanya sebagai sebahagian daripada tawaran pembiayaannya di Malaysia. -Dagang News
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.