Seorang bidan tradisional ditemukan mati dipercayai akibat serangan jantung di tepi Jalan Besar Malim Nawar, Simpang Taman Malim Mawar di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata mangsa M. Muniamah, 66, dari Ipoh dipercayai dalam perjalanan ke Malim Nawar semalam untuk melakukan rawatan terhadap seorang wanita yang baharu melahirkan anak.
"Suami wanita berkenaan yang juga pengadu cuba menghubungi mangsa kira-kira pukul 7.45 malam tetapi tidak berjawab.
"Wanita itu kemudian menghubungi anak mangsa dan telah diberitahu yang mangsa telah keluar rumah sejak pukul 3 petang. Pengadu serta rakan-rakannya kemudian cuba mencari mangsa di sekitar Malim Nawar tetapi gagal," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, mangsa ditemukan telah meninggal dunia oleh orang awam pada pukul 8 pagi Jumaat.
Menurut Ng, hasil siasatan mendapati tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa, tetapi terdapat buih yang keluar daripada mulutnya.
Beliau berkata polis percaya tiada unsur jenayah yang berlaku memandangkan rantai leher, subang, gelang tangan serta beg yang mengandungi dokumen serta ubat-ubatan masih berada pada mangsa.
Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kampar dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan penyakit arteri koronari. -- Bernama
Bernama
Fri Nov 04 2016
Hasil siasatan mendapati tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa, tetapi terdapat buih yang keluar daripada mulutnya. - Gambar hiasan
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Bidan tradisional ditemukan mati di tepi jalan
Seorang bidan tradisional ditemukan mati dipercayai akibat serangan jantung di tepi Jalan Besar Malim Nawar, Simpang Taman Malim Mawar di sini, pada Jumaat.