Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) menggesa siasatan dibuat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad serta beberapa pemimpin pembangkang yang lain kerana dipercayai mengeluarkan ucapan berbaur hasutan pada perhimpunan haram di sini Sabtu lalu.
Presidennya Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata bekas perdana menteri itu bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Amanah Mohamad Sabu serta Datuk S. Ambiga secara jelas mengeluarkan ucapan menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan sedia ada.
"Mereka (Dr Mahathir serta pemimpin pembangkang) secara terang berucap dalam perhimpunan Bersih 5.0 walaupun Ketua Polis Negara telah nyatakan perhimpunan itu haram.
LAPOR LANGSUNG Bersih 5 di Kuala Lumpur
MESTI BACA: Bersih 5: Berlangsung aman tanpa drama
GALERI FOTO: Bersih 5: Baju Kuning, Baju Merah
"Mereka ini perlu ditahan dan disoal siasat mengikut undang-undang sedia ada dan kami harap kertas siasatan terhadap mereka segera dibuka," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pudu di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata penganjur Bersih 5.0 juga perlu dikenakan tindakan kerana telah melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
"Terdapat warga asing yang terlibat dan ini jelas melangggar APA 2012, warga asing juga memberi ucapan secara terbuka.
"Mereka (warga asing) ini jelas memburukkan imej dan nama baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kerajaan yang memerintah," katanya.
MESTI BACA: Bersih 5: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan
MESTI BACA: Tun Mahathir berkemungkinan akan dipanggil polis - Nur Jazlan
MESTI BACA: Masyarakat sudah bosan dengan kumpulan Bersih - PM Najib
Seramai 20 pemimpin dan aktivis ditahan dalam tempoh dua hari sejak Jumaat hingga Sabtu lepas berhubung perhimpunan haram Bersih 5.0 dan Baju Merah di ibu kota, Sabtu lalu. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 21 2016

Mohd Ali berkata penganjur Bersih 5.0 juga perlu dikenakan tindakan kerana telah melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Ali Tinju sama dengan Jamal 'Jamban' - Muhyiddin
Bersatu tidak menerima kemasukan individu seperti Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali dengan nama Ali Tinju yang mempunyai rekod buruk serta sejarah perjuangan yang tidak baik.

Bersih 5: Gerakan Merah gesa Dr Mahathir disiasat kerana menghasut
Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) menggesa siasatan dibuat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dipercayai mengeluarkan ucapan berbaur hasutan.

'Berhimpun boleh, tapi ikutlah akta' - Armand
Rakyat perlu patuh kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 yang menjamin hak bersuara mengikut saluran sesuai di samping sentiasa memastikan ketenteraman awam tidak terjejas.

Bersih 5: Polis siasat Maria Chin, Ali Tinju - KPN
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah disiasat polis mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Ali Tinju dibebas dengan jaminan polis
Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju yang ditahan reman sejak semalam dibebaskan dengan jaminan polis.

Insiden Kota Raya: Ali Tinju direman dua hari
Mohd Ali Baharom, yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis mengenai kenyataan berbaur hasutan.

Ali Tinju ditahan polis
Polis telah menahan Mohd Ali Baharom, 44, atau lebih dikenali Ali Tinju susulan kenyataan yang dibuat di hadapan kompleks beli belah Kota Raya pada Jumaat lalu.

Rosakkan imej PVATM, Ali Tinju mungkin dikenakan tindakan tatatertib
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju sekiranya terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu.

Melaka tolak cubaan ganggu ketenteraman dan keharmonian negeri - Ketua Menteri
Melaka yang mempunyai pelbagai latar belakang hidup aman harmoni sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dan menolak keras gerakan yang mahu menganjurkan kegiatan seperti perhimpunan haram itu.

Peguam Negara digesa semak semua kes hasutan
Lawyers for Liberty (LFL) menggesa Peguam Negara untuk segera menyemak semua kes hasutan yang masih belum selesai berikutan keputusannya semalam untuk menggugurkan dakwaan hasutan terhadap Ali Tinju.