Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor dan Pulau Pinang sepatutnya menawarkan tempat kepada penganjur perhimpunan Bersih 4 sekiranya mereka ikhlas dalam memperjuangkan hak bersuara dan berhimpun.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sejak Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 diluluskan, kerajaan Selangor dan Pulau Pinang tidak menawarkan tempat khas seperti yang dinyatakan dalam akta berkenaan untuk tujuan berhimpun.
"Ahli-ahli politik pembangkang termasuk penganjur Bersih menggunakan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
"Tetapi bagaimana pula dengan Perkara 10(2)(b) yang menyatakan mengenai hak dan kebebasan orang lain seperti menikmati secara aman harta bendanya, hak kebebasan bergerak, hak menikmati persekitaran semula jadi dan hak untuk menjalankan perniagaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Malah, Nur Jazlan berkata kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia pula yang memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman seperti yang digariskan dalam akta berkenaan.
Ini termasuk membenarkan Stadium Merdeka digunakan untuk 'Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112' pada 12 Jan 2013 serta Stadium Kelana Jaya untuk 'Blackout 505' pada 8 Mei 2013, katanya.
Beliau berkata pemimpin PR hanya menimbulkan api kebencian kepada kerajaan pusat kerana tidak membenarkan perhimpunan Bersih 4 diadakan, sedangkan kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang hanya berdiam diri.
"Jika diadakan di sana (Selangor dan Pulau Pinang), mungkin kerajaan negeri dapat menyediakan makanan dan kelengkapan lebih selesa kepada peserta Bersih 4 sehingga mereka tidak perlu membawa makanan dan khemah sendiri," katanya.
Nur Jazlan menarik perhatian bahawa sikap tidak ikhlas PR di Selangor terbukti apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang sebelum ini pernah membenarkan Stadium Shah Alam dijadikan tempat berhimpun, menarik balik kebenaran tersebut tanpa sebab.
Beliau turut menyelar pengamal undang-undang yang bersikap selektif dalam mentafsir APA 2012 dengan menyatakan rakyat bebas berhimpun di mana-mana, sedangkan perhimpunan itu seharusnya mendapat persetujuan polis dan kebenaran pemilik tempat berkenaan.
Bernama
Mon Aug 31 2015

Kata Nur Jazlan Nur kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman seperti yang digariskan dalam APA 2012. - Gambar Fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Polis tidak terima permohonan berhimpun daripada Bersih atau mana-mana pihak - KP KL
Sebarang perhimpunan tanpa pemberitahuan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Penganjur Himpunan Selamatkan Rakyat tidak boleh acah-acah jadi mangsa - Saifuddin Nasution
Penganjur perlu memaklumkan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan namun penganjur gagal melakukan perkara itu.

Polis boleh guna budi bicara pendekkan tempoh pemakluman perhimpunan - Saifuddin
Polis boleh pertimbangkan untuk menggunakan budi bicara bagi membenarkan penganjuran perhimpunan aman dalam tempoh 48 jam.

Ada ibu bapa yang bawa bayi, kanak-kanak ke Himpunan 812
Perbuatan itu jelas melanggar syarat perhimpunan mengikut Seksyen 4 (2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Polis tidak halang perhimpunan ICERD, cuma pantau - Muhyiddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, polis hanya akan memantau perhimpunan tersebut bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Bersih: Polis siap sedia kawal perhimpunan depan Parlimen - KPN
Polis juga mengesahkan tidak mengeluarkan sebarang permit dan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu esok.

Nik Nazmi dibebaskan sekali lagi atas dakwaan yang sama
Hakim Yasmin Abdul Razak memutuskan Nik Nazmi telahpun dibebaskan dari pertuduhan sama oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Nik Nazmi didakwa, perbicaraan seterusnya 4 Jun
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia untuk PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah didakwa di Mahkamah Sesyen pagi ini.

28 wakil PR didapati melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012
Seramai 28 dari 33 wakil politik PR yang berucap dalam 'Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat' didapati melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Polis tidak ikut Akta Perhimpunan Aman -- Suhakam
Suhakam mengumumkan hasil siasatan awam ke atas pelanggaran hak asasi manusia semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April tahun lalu.