Seramai 28 dari 33 wakil politik parti pembangkang yang berucap dalam 'Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat' didapati telah melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana memberi ucapan berbaur hasutan.
Individu tersebut tersebut termasuklah pimpinan-pimpinan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan ramai lagi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata perhimpunan yang dilakukan tanpa kebenaran pihak polis itu didapati juga telah banyak menyalahi undang-undang APA 2012.
"Penganjur perhimpunan itu didapati masih meneruskan acara tersebut walaupun telah dinasihatkan oleh pihak polis untuk menangguhkannnya," kata Tun Hisan.
Notis perhimpunan yang sepatutnya dihantar 10 hari sebelum perhimpunan tersebut hanya dihantar kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed pada jam 12.20 tengah hari semalam.
Kesalahan yang didapati berlaku adalah antaranya termaktub dibawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 124 (B) Kanun Keseksaan, iaitu tidak memberi notis pemberitahuan kepada ketua polis daerah mengenai perhimpunan tersebut dan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Malah ada yang membawa kanak-kanak dalam perhimpunan itu. "Penganjuran perhimpunan tersebut turut menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk dimana pengunjung perhimpunan tersebut sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan mereka di kiri dan kanan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sehingga mengganggu kenderaan lain untuk bergerak," kata beliau.
Malah, ianya turut menimbulkan kegusaran di kalangan penduduk sekitar dan terdapat satu insiden di mana seorang pemandu wanita telah dibaling dengan botol ke arah keretanya oleh peserta perhimpunan itu.
"Kita tidak halang sesiapa mana-mana parti pun untuk menganjurkan perhimpunan selagi ianya mengikuti peraturan A.P.A 2012. Notis pemberitahuan mengenai acara tersebut penting kerana pihak polis boleh memberikan nasihat atau cadangan dimana laluan-laluan atau tempat letak kenderaan yang boleh digunakan.
Tindakan mereka jelas mementingkan diri sendiri dan bayangkanlah jika ada sebarang kejadian kecemasan berlaku pada hari tersebut, bagaimana agaknya mereka hendak lalu di laluan yang sangat sesak itu," kata Tun Hisan lagi.
"Kita memandang berat penganjuran perhimpunan itu semalam kerana kapasiti stadium itu hanyalah 25,000 sahaja namun yang berada melebihi kapasiti yang ada mencapai anggaran 55,000," katanya lagi. Terdapat tiga laporan polis dibuat mengenai perhimpunan tersebut. Semua yang terlibat akan dipanggil untuk membantu siasatan tidak lama lagi.
Aizat Sharif
Thu May 09 2013


RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis tidak terima permohonan berhimpun daripada Bersih atau mana-mana pihak - KP KL
Sebarang perhimpunan tanpa pemberitahuan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Penganjur Himpunan Selamatkan Rakyat tidak boleh acah-acah jadi mangsa - Saifuddin Nasution
Penganjur perlu memaklumkan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan namun penganjur gagal melakukan perkara itu.

Polis boleh guna budi bicara pendekkan tempoh pemakluman perhimpunan - Saifuddin
Polis boleh pertimbangkan untuk menggunakan budi bicara bagi membenarkan penganjuran perhimpunan aman dalam tempoh 48 jam.

Ada ibu bapa yang bawa bayi, kanak-kanak ke Himpunan 812
Perbuatan itu jelas melanggar syarat perhimpunan mengikut Seksyen 4 (2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Polis tidak halang perhimpunan ICERD, cuma pantau - Muhyiddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, polis hanya akan memantau perhimpunan tersebut bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Bersih: Polis siap sedia kawal perhimpunan depan Parlimen - KPN
Polis juga mengesahkan tidak mengeluarkan sebarang permit dan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu esok.

Nik Nazmi dibebaskan sekali lagi atas dakwaan yang sama
Hakim Yasmin Abdul Razak memutuskan Nik Nazmi telahpun dibebaskan dari pertuduhan sama oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Nik Nazmi didakwa, perbicaraan seterusnya 4 Jun
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia untuk PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah didakwa di Mahkamah Sesyen pagi ini.

28 wakil PR didapati melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012
Seramai 28 dari 33 wakil politik PR yang berucap dalam 'Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat' didapati melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Polis tidak ikut Akta Perhimpunan Aman -- Suhakam
Suhakam mengumumkan hasil siasatan awam ke atas pelanggaran hak asasi manusia semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April tahun lalu.