SHAH ALAM: Seorang guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh yang tular kerana lantang menyuarakan isu membabitkan sistem pendidikan kepada Pusat Pendidikan Daerah (PPD) mengakui keputusannya bersara awal bukan kerana kecewa dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Fadli berkata, keputusan mengundurkan diri dari dunia pendidikan itu dibuat bagi menghormati ‘tuan rumah’ dan tidak mahu bersikap biadab.
“Sedikit pencerahan, saya memilih bersara awal bukan kerana kecewa dengan KPM, bahkan saya terlalu sayangkan KPM dan dunia pendidikan.
“Cuma adab Melayu apabila bertandang ke rumah orang, tak molek kita membuat onar sesuka hati.
“Saya tak mahu jadi tetamu biadab terhadap tuan rumah yang baik hati, kerana kasihkan dan hormati tuan rumah, saya undur diri,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Sebelum ini, Cikgu Fadli, 40 tahun, yang juga aktivis masyarakat didakwa dikenakan tindakan tatatertib atau dibuang kerja kerana menyuarakan isu berkaitan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, waktu belajar dan bilangan murid dalam kelas.
Guru matematik sekolah rendah tersebut mendakwa, perkara terbabit tidak sepatutnya berlaku memandangkan dirinya tidak pernah terlibat dalam apa-apa masalah disiplin atau dengan ibu bapa pelajar sekolah.
Bagaimanapun, Lembaga Tatatertib KPM memutuskannya tidak bersalah dan tiada sebarang tindakan tatatertib diambil.
Sementara itu, Cikgu Fadli memaklumkan, beliau akan terus berada dalam bidang pendidikan meskipun berbeza haluan.
“Suara saya akan sentiasa ada, terima kasih buat seluruh warga KPM selama ini, maafkan apa jua salah dan silap,” ujarnya.
Tambah Cikgu Fadli yang turut memuat naik dua tangkap layar hantaran di platform sama, beliau bakal bersara awal selepas menerima surat kelulusan berkuat kuasa pada 1 Mac ini.
“Apabila surat kelulusan sampai kat sekolah, cikgu-cikgu pakat tahu, terus saya ‘WhatsApp’ pengerusi kelab guru beritahu awal tak payah la buat majlis beria. Tak nak bebankan kawan, murid dan ibu bapa.
“Cukuplah majlis ringkas untuk saya bagi amanat terakhir, esok majlisnya saya cuma pakai baju kemeja lengan panjang, tanda nama, seluar ‘slack’ dan kasut kerja.
“Tak mahu pakai songket macam pengantin, cukuplah pengakhiran karier pun sederhana sebagaimana saya bermula dahulu,” katanya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 06 2024
!['Bersara awal bukan kerana kecewa dengan KPM’ - Cikgu Fadli 'Bersara awal bukan kerana kecewa dengan KPM’ - Cikgu Fadli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707283758_TBCikguFadlijpg.jpg)
Tangkap layar hantaran Mohd Fadli di laman Facebooknya pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
!['Bersara awal bukan kerana kecewa dengan KPM’ - Cikgu Fadli 'Bersara awal bukan kerana kecewa dengan KPM’ - Cikgu Fadli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707283758_TBCikguFadlijpg.jpg)
'Bersara awal bukan kerana kecewa dengan KPM’ - Cikgu Fadli
Katanya, keputusan mengundurkan diri dari dunia pendidikan itu dibuat bagi menghormati 'tuan rumah' dan tidak mahu bersikap biadab.
![Silibus pembelajaran tidak boleh ditukar secara kerap - Radzi Silibus pembelajaran tidak boleh ditukar secara kerap - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666072782_INISIATIFREADING.jpg)
Silibus pembelajaran tidak boleh ditukar secara kerap - Radzi
Beliau berkata jika seseorang murid masuk Tahun Satu dengan silibus tersebut, mereka akan habiskan Tahun 6 dengan pendekatan silibus sama.