GEORGE TOWN: Sudahlah memproses makanan bersebelahan tandas pekerja, bekas simpanan bahan mentah pula diletakkan di atas lantai yang lecak dengan limpahan air tandas.
Begitu keadaan di sebuah kilang memproses cili kisar dan kicap yang diserbu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) di Jalan Patani, di sini, pada Isnin.
Menurut Ketua Bahagian BKKM negeri, Mohd Wazir Khalid, keadaan itu bukan sahaja melanggar peraturan ditetapkan malah dibimbangi menyebabkan pencemaran bakteria e-coli ke atas makanan yang diproses.
Mohd Wazir berkata, hasil pemeriksaan lanjut turut membawa kepada penemuan najis tikus di sekitar tempat memproses dan menyimpan bahan memproses kicap.
Menurut Mohd Wazir, premis tersebut dipercayai sudah beroperasi hampir 100 tahun dan memasarkan cili kisar dan kicap di sekitar negeri di utara.
Sementara itu, serbuan kedua di kilang memproses mi sanggul pula, pihaknya menemukan tikus dan lipas di bahagian stor penyimpanan bahan makanan.
Penggunaan peralatan yang berkarat seperti troli selain surat khabar lama untuk mengalas bahan mentah juga antara kesalahan lain yang dikesan di kilang tersebut.
"Kita lihat ada satu kotak racun, kita memandang serius isu ini, makanan dan produk bahaya perlu diasingkan dari stor makanan mentah sebab racun perlu diasingkan dan tidak boleh bergaul dalam stor makanan... kita takut berlaku pencemaran silang semasa pemeriksaan kotak racun bersama makanan yg lain," katanya di sini, hari ini.
Tegas beliau, pihaknya memandang serius perkara berkenaan memandangkan kilang tersebut mempunyai sijil halal dan logo Makanan Selamat Tanggungan Industri (MeSTI) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Kita juga menjumpai lipas dan tikus di permis kedua di mana premis mempunyai sijil MESTI dan halal dan kita lihat ada lipas dan tikus. Ini amat memeranjatkan, sepatutnya perlu kekalkan tahap kebersihan yang maksimum sebab kita keluarkan sijil MESTI bukan sewenang-wenangnya. Kita lihat kebersihan paling maksimum untuk keluarkan sijil berkenaan," katanya.
Menurut Mohd Wazir, pihaknya pernah melakukan pemeriksaan ke atas kedua-dua kilang itu pada tahun lalu, namun pemiliknya masih melakukan kesalahan sama.
Berikutan itu katanya, pihaknya mengeluarkan masing-masing tiga dan satu kompaun ke atas kedua-dua kilang terbabit mengikut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM9,000.
Selain itu, kedua-dua kilang tersebut juga diberi notis penutupan selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Dec 20 2021
Mohd Wazir berkata, hasil pemeriksaan lanjut turut membawa kepada penemuan najis tikus di sekitar tempat memproses dan menyimpan bahan memproses kicap. - Gambar/ Astro AWANI
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Beroperasi dalam keadaan menjijikkan, kilang cili kisar, kicap 100 tahun diarah tutup
Premis tersebut dipercayai sudah beroperasi hampir 100 tahun dan memasarkan cili kisar dan kicap di sekitar negeri di utara.