Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengambil langkah atas dasar kemanusiaan untuk membayar gaji pekerja-pekerja Bernama TV bagi bulan Januari dan Februari ini, kata Pengurus Besarnya Datuk Zulkefli Salleh.
Beliau berkata dana RM500,000 diperuntukkan bagi 160 pekerja terlibat setiap bulan dan disalurkan kepada syarikat yang bertanggungjawab membayar iaitu syarikat Bernama TV Synergy Berhad (BRTV).
"Terpulang kepada syarikat berkenaan untuk membayar gaji setiap pekerjanya. Kalau lambat, tanya syarikat itu. Sudah tentu Bernama juga mempunyai had tertentu dalam isu menanggung gaji pekerja Bernama TV.
"Oleh itu, satu penyelesaian perlu diambil segera agar operasi Bernama TV tidak terus diletakkan dalam keadaan tidak ketentuan. Saya berharap pemegang saham lain tampil untuk menyelesaikan masalah ini," katanya ketika diminta mengulas mengenai masa depan stesen televisyen berkenaan.
Zulkefli berkata demikian selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama Lembaga Pengarah Eksekutif Anggota Pertubuhan Agensi Berita Asia-Pasifik (OANA) ke-38 dan Jawatankuasa Teknikal di sini hari ini.
Bernama TV pada Isnin lepas tidak dapat beroperasi seperti biasa berikutan sebahagian petugasnya tidak hadir bertugas.
Khamis lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengadakan pertemuan dengan 100 pekerja Bernama TV untuk membincangkan masalah dan juga masa depan stesen televisyen berkenaan.
Dalam pertemuan dua jam yang diadakan di Wisma Bernama itu, Ahmad Shabery berkata beberapa cadangan sedang dipertimbang untuk menyelesaikan masalah melibatkan Bernama TV termasuk masalah gaji.
Zulkefli berkata pihak Bernama yang hanya mempunyai pegangan minoriti 33 peratus dalam stesen berita 24 jam itu, akan bertemu dengan pemegang saham yang lain malam ini bagi menyelesaikan masalah dan hala tuju Bernama TV.
Walaupun lokasi pertemuan tidak didedahkan, beliau berharap mesyuarat itu akan menyelamatkan 'periuk nasi' pekerja serta mencari jalan penyelesaian terbaik untuk Bernama TV kerana stesen televisyen itu menggunakan jenama Bernama.
Bernama TV dimiliki Bernama TV Synergy Sdn Bhd (BRTV) yang ditubuhkan pada 2008 bagi menguruskan siaran 24 jam di saluran Astro 502.
Zulkefli berkata siaran televisyen itu akan terus bersiaran.
Bernama
Sun Feb 15 2015
ZULKEFLI: Satu penyelesaian perlu diambil segera agar operasi Bernama TV tidak terus diletakkan dalam keadaan tidak ketentuan.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Bernama, Perkeso meterai MoU, manfaat 493 pengamal media sambilan
Bernama dan Perkeso menandatangani MoU bagi memperluas perlindungan sosial kepada pengamal media sambilan (stringers) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong dilantik Presiden MPI
Bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong dilantik sebagai Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI).
Pemergian Abdul Rahman @ Roger kehilangan besar dunia kewartawanan negara
Rakan seperjuangan sifatkan Allahyarham Roger seorang sahabat yang sukar dicari ganti atas kesanggupannya menghulurkan bantuan kepada rakan dan teman sekerja.
Bernama, RTM, JaPen perlu perkukuh kerjasama rangka strategi tangkis berita palsu
Bernama, RTM dan JaPen perlu memperkukuhkan kerjasama dalam merangka strategi bagi menangkis berita palsu.
Tiada kebebasan mutlak, wartawan, organisasi media harus terus tingkat kualiti
Walaupun tidak wujud kebebasan mutlak dalam industri media, wartawan dan organisasi media harus terus meningkatkan kualiti pelaporan berita mereka.
Bekas Pengarang Urusan Bernama meninggal dunia
Arwah yang menghidap pelbagai penyakit, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.48 pagi di klia2.
Personaliti TV Astro AWANI Essan Yahya akhiri zaman bujang
Personaliti Astro AWANI Salehuddin Yahya selamat diijab kabul dengan buah hatinya, Nurul Syaza Mohd Sahaib dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan pada Khamis.
Bernama perjelas isu infografik PKP3 tular
Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad menasihati orang ramai agar memeriksa fakta yang mereka temukan di media sosial.
Tiada 'wahyu', Bernama buat liputan Perhimpunan Agung UMNO secara seimbang
Dakwaan bahawa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) kononnya menerima 'wahyu' untuk liputan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung hari ini dan esok, adalah tidak benar.
Bernama boleh bantu artis terkesan COVID-19, kata Ras Adiba
Artis yang berdepan kesukaran akibat hilang punca pendapatan atau masalah kesihatan perlu diberi perhatian sebagai tanda menghargai sumbangan mereka kepada dunia seni negara.