KUALA LUMPUR: Bekas Pengarang Urusan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohamad Nasir Yusoff, meninggal dunia hari ini pada usia 62 tahun.
Anak sulung Allahyarham Nur Nadzmi Nasirah Mohamad Nasir berkata arwah yang menghidap pelbagai penyakit, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.48 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), selepas mengadu kepenatan sejurus mendarat dari Miri, Sarawak.
"Selepas turun daripada pesawat, arwah mengadu berasa mengah dan penat sangat lalu meminta untuk baring. Tidak lama selepas itu arwah dah tak ada (meninggal). Arwah baru pulang beraya di Miri," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata jenazah ketika ini berada di Jabatan Forensik Hospital Serdang dan dijangka dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang.
Nasirah yang sedang hamil tujuh minggu, berkata beliau sedikit ralat kerana arwah bapanya yang sangat gembira dengan berita kehamilannya, tidak dapat melihat cucu yang bakal lahir.
Mohamad Nasir yang memulakan perkhidmatan di Bernama pada 1 Okt 1983 dan bersara wajib pada 7 Mac 2020, meninggalkan isteri Halimah Piee dan empat anak, iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.
Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin menyifatkan arwah sebagai seorang rakan sekerja yang berdedikasi sepanjang berkhidmat di Bernama.
“Saya kehilangan seorang rakan baik dan berasa amat sedih apabila menerima berita tentang pemergian arwah pagi tadi,” katanya.
Ketua Pengarang Bernama Khairdzir Md Yunus pula berkata Allahyarham, yang pernah bertugas sebagai Koresponden Bernama di Jakarta, Indonesia turut aktif dan memainkan peranan besar dalam merapatkan hubungan antara wartawan serumpun Malaysia-Indonesia semasa beliau masih bertugas di Jakarta mahupun sekembalinya ke tanah air.
“Ini terutamanya menerusi penglibatan aktif beliau dalam Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) sejak beberapa tahun lepas. Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat dunia kewartawanan serumpun baik di Malaysia mahupun di Indonesia,” katanya.
Beliau berkata Allahyarham seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan apa juga tugasan yang diamanahkan kepada beliau, selain kreatif dan banyak memberi idea terutamanya sewaktu beliau memimpin Meja Rencana.
Katanya arwah juga seorang yang peramah, baik hati serta tidak lokek membantu sesiapa baik wartawan lama mahupun yang baru.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022

Arwah Mohamad Nasir seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan apa juga tugasan yang diamanahkan kepada beliau. - Gambar BERNAMA

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Bernama, Perkeso meterai MoU, manfaat 493 pengamal media sambilan
Bernama dan Perkeso menandatangani MoU bagi memperluas perlindungan sosial kepada pengamal media sambilan (stringers) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong dilantik Presiden MPI
Bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong dilantik sebagai Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI).

Pemergian Abdul Rahman @ Roger kehilangan besar dunia kewartawanan negara
Rakan seperjuangan sifatkan Allahyarham Roger seorang sahabat yang sukar dicari ganti atas kesanggupannya menghulurkan bantuan kepada rakan dan teman sekerja.

Bernama, RTM, JaPen perlu perkukuh kerjasama rangka strategi tangkis berita palsu
Bernama, RTM dan JaPen perlu memperkukuhkan kerjasama dalam merangka strategi bagi menangkis berita palsu.

Tiada kebebasan mutlak, wartawan, organisasi media harus terus tingkat kualiti
Walaupun tidak wujud kebebasan mutlak dalam industri media, wartawan dan organisasi media harus terus meningkatkan kualiti pelaporan berita mereka.

Bekas Pengarang Urusan Bernama meninggal dunia
Arwah yang menghidap pelbagai penyakit, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.48 pagi di klia2.

Personaliti TV Astro AWANI Essan Yahya akhiri zaman bujang
Personaliti Astro AWANI Salehuddin Yahya selamat diijab kabul dengan buah hatinya, Nurul Syaza Mohd Sahaib dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan pada Khamis.

Bernama perjelas isu infografik PKP3 tular
Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad menasihati orang ramai agar memeriksa fakta yang mereka temukan di media sosial.

Tiada 'wahyu', Bernama buat liputan Perhimpunan Agung UMNO secara seimbang
Dakwaan bahawa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) kononnya menerima 'wahyu' untuk liputan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung hari ini dan esok, adalah tidak benar.

Bernama boleh bantu artis terkesan COVID-19, kata Ras Adiba
Artis yang berdepan kesukaran akibat hilang punca pendapatan atau masalah kesihatan perlu diberi perhatian sebagai tanda menghargai sumbangan mereka kepada dunia seni negara.