Antara pelbagai berita yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Februari 2021.
1) COVID-19: 3,499 kes positif baharu, 5 kematian dicatatkan
Sebanyak 3,499 kes positif baharu COVID-19 direkodkan sehingga pukul 12 tengah hari 13 Februari menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 261,805 kes dan 51,558 kes aktif.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian hari ini hanya satu kes sahaja penularan import, manakala selebihnya kes tempatan.
2) Rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi sepanjang PKP
Kerajaan memutuskan untuk membenarkan operasi rumah ibadat bukan Islam (RIBI) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 12 hingga 18 Februari ini.
3) COVID-19: KKM kecewa asrama pekerja masih sesak
Kementerian Kesihatan (KKM) kecewa masih ada majikan atau agensi pekerjaan yang membiarkan asrama pekerja sesak sehingga mengundang risiko penularan COVID-19.
Berikutan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, meminta Jabatan Tenaga Kerja (JTK) melakukan siasatan secara menyeluruh isu berkenaan di seluruh negara.
4) PKPB di Sarawak dilanjut sehingga 1 Mac
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sarawak akan dilanjutkan bermula 15 Februari sehingga 1 Mac 2021.
5) Anggota polis maut dilanggar kereta dipandu lelaki mabuk
Seorang anggota polis maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol di Kilometer 6 Jalan Kluang - Teck Wah Hing, di sini, lewat malam tadi.
6) Pejuang tidak mahu PRU15 dalam masa terdekat - Muhkriz
Presiden Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menyifatkan sekarang bukan masa sesuai untuk mana-mana pihak menggerakkan usaha ke arah mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
7) 126,000 individu disuntik vaksin COVID-19 setiap hari bermula hujung Feb - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan 126,000 individu mampu diberikan suntikan vaksin COVID-19 setiap hari di 600 lokasi vaksinasi di seluruh negara, bermula akhir bulan ini.
8) Proses pendaftaran vaksin COVID-19 juga sebahagian daripada janji temu - Khairy
Proses pendaftaran sebagai penerima vaksin COVID-19 adalah sebahagian daripada membuat janji temu, demikian menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
9) Rasuah Busters: Sukar hapus aktiviti ekonomi hitam, pengendalinya diterima masyarakat - Tun Hanif
MEREKA yang terbabit dalam ekonomi hitam merupakan individu yang mempunyai pangkat kuasa dan wang.
Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Mohd Hanif Omar berkata, ia menjadi salah satu punca gerakan ini sukar untuk dihapuskan.
10) Polis sedang siasat kes wanita dakwa anggota polis minta tunjuk payudara untuk elak disaman
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dakwaan dua wanita yang diganggu anggota polis dalam sekatan jalan raya (SJR) termasuk gangguan seksual baru-baru ini.
Nickyson Nyambar
Sat Feb 13 2021

Antara pelbagai berita yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Feb 2021.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.