ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 November 2024.


1. Tiada lagi bayaran tunai di KTMB mulai 1 Januari 2025 

Keretapi Tanah Melayu Berhad akan beralih kepada mod bayaran tanpa tunai sepenuhnya melibatkan semua transaksi pembelian tiket bermula 1 Jan 2025 di sektor Lembah Klang, Utara, Selatan dan Pantai Timur. 



2. Kapal Maritim Malaysia terbakar ketika berlabuh di Kuala Baram  

Sebuah kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang berlabuh di Kuala Baram, Miri di Sarawak terbakar lewat malam tadi. 


3. 'Saya tak boleh menjanda lama-lama' - Ina Naim nikah semula demi anak-anak 

Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad yang juga penyanyi, Ina Naim memberitahu dirinya tidak boleh bersendirian dan perlukan teman hidup demi anak-anak. 


4. 'Saya bukan Robin Hood' - PM Anwar

Beliau menafikan dakwaan cuba 'mencuri' daripada golongan kaya kerana memperkenalkan rasionalisasi subsidi kepada kumpulan T15 dalam Belanjawan 2025.


5. Monsun Timur Laut dijangka bermula Selasa ini

MetMalaysia menjangkakan lima hingga tujuh episod hujan lebat berlaku sepanjang tempoh itu.


6. Tentera upahan: PDRM masih tunggu maklum balas Kedutaan Rusia - KPN

PDRM masih menunggu maklum balas daripada pihak Kedutaan Rusia berhubung dakwaan tersebut kerana terdapat kemungkinan dokumen tersebut disalah guna.


7. Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti

Bendahari Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, Datuk Roslan Hassan mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta (1 November).


8. Khazanah, PNB perjelas penjualan saham FashionValet

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) menjelaskan tindakan menjual kepentingan dalam FashionValet, setelah pelaburan awal sebanyak RM27 juta pada tahun 2018 adalah bagi memacu syarikat e-dagang fesyen tempatan itu.


9. Empat anggota polis direman, disyaki terlibat dalam kecurian barang kemas

Empat anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian barang kemas milik seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta di pakir sebuah kondominium di Setapak, di sini pada 1 Okt.


10. Pengusaha perigi terapi dinasihatkan henti sementara operasi - Pegawai Daerah Rembau

ejabat Tanah dan Daerah Rembau menasihati pengusaha perigi terapi ion di Ulu Sepri di sini yang mendakwa mampu menyembuhkan beberapa penyakit, agar menghentikan sementara operasi sehingga siasatan Kementerian Kesihatan (KKM) selesai dijalankan.