ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 September 2024.


1. RM15 juta diperuntuk jadikan Harimau Malaya gergasi bola sepak Asia 

Sebanyak RM15 juta diperuntukkan untuk memperkukuh pasukan Harimau Malaya, sekali gus mengangkat pasukan itu menjadi gergasi bola sepak di rantau Asia. 



2. Isyarat tsunami kepada FAM 

Tindakan peminat yang dilihat memboikot aksi Pestabola Merdeka merupakan isyarat jelas kepada Persatuan Bolasepak Malaysia untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang ada dalam badan induk bola sepak negara. 


3. Pencemaran bau kimia dikesan di tiga lokasi di Johor Bahru 

Pencemaran bau kimia dikesan di tiga kawasan dekat Taman Mount Austin, Taman Daya dan Taman Istimewa di sini pada awal pagi tadi. 


4. Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan Datuk Seri

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, saksi itu telah dikesan dan dirakam percakapan pada Isnin.


5. "Kasihan Dr Mahathir" – Fahmi jawab dakwaan negara dijajah kerajaan

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan Tun Dr Mahathir Mohamad masih mempunyai kebebasan penuh untuk menyuarakan pendapat dan bergerak.


6.  Malaysia luluskan pelaburan RM160 bilion pada enam bulan pertama 2024 - PM Anwar

Malaysia mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM160 bilion merentasi pelbagai sektor bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, mewakili peningkatan 18 peratus bagi tempoh yang sama tahun lalu.

7. Khazanah diberi amanat rangka pelan wajah baharu Kuala Lumpur

Khazanah Nasional Berhad diberi amanat untuk merangka satu pelan wajah baharu Kuala Lumpur dengan usaha pembangunan namun mengekalkan warisan sejarah ibu negara tersebut.


8. Pocket Rocketman pertimbang sertai program RTG sebagai mentor

Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang mempertimbangkan untuk menyertai program Road To Gold (RTG) sebagai mentor dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang, namun bukan dalam masa terdekat.


9. Pesawat A350 Malaysia Airlines beroperasi seperti biasa, enjin berbeza dari pesawat Cathay Pacific - Loke

Pesawat Airbus A350 Malaysia Airlines akan beroperasi seperti biasa walaupun syarikat penerbangan Cathay Pacific menggantung keseluruhan operasi 48 pesawat Airbus A350 miliknya.


10. Syarikat swasta digesa contohi Khazanah, tetapkan gaji minimum RM3,000 - PM Anwar

Syarikat-syarikat swasta digesa untuk mencontohi langkah Khazanah Nasional Bhd menetapkan gaji minimum RM3,000 sebulan untuk pekerjanya.