ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 Ogos 2024.


1. Dasar Kerajaan MADANI tidak ketepi kepentingan kumpulan miskin - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan dasar yang diambil Kerajaan MADANI tidak akan mengenepikan kepentingan kumpulan miskin di negara ini. 



2. Kes rogol: Da'i Syed dipenjara 10 tahun, tiga sebatan

Pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang wanita, lima tahun lepas. 


3. Bangunan asrama lelaki MRSM Besut terbakar, 58 pelajar terselamat

Seramai 58 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putra dekat Besut terselamat dalam kebakaran membabitkan bangunan asrama lelaki pada malam Khamis. 


4. Jana Wibawa: 27 Sept sebutan semula kes salah guna kedudukan Muhyiddin

Mahkamah Sesyen menetapkan 27 Sept ini bagi sebutan semula kes salah guna kedudukan untuk suapan RM232.5 juta projek Jana Wibawa yang dihadapi bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


5. TLDM lantik pihak swasta laksana salvaj KD Pendekar

Ketika ini pihak TLDM telah melakukan kerja awalan termasuk mengenal pasti serta memastikan peralatan di kapal terbabit masih dalam keadaan yang baik.


6. Isu Batu Puteh: Kecuaian yang membawa pengkhianatan kepada negara - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehilangan Batu Puteh adalah kerana ‘kecuaian yang membawa pengkhianatan kepada negara’.


7. Amanat Hari Kebangsaan: Anak muda, jangan jadi perkakas murahan atas nama kaum, agama - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan golongan muda untuk banyak membaca, mencari kebenaran dan tidak terpedaya dengan dakyah palsu.


8. Ebit Lew minta saksi padam mesej melalui WhatsApp

Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau diminta oleh Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, untuk memadam mesej di aplikasi WhatsApp antara mereka kerana terdapat laporan berkaitan gangguan seksual melibatkan pendakwah itu.


9. Terbuka Korea Selatan: Tang Jie-Ee Wei, Pearly Tan-M Thinaah mara ke separuh akhir

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan wakil dari Taiwan, Yang Chu Yun-Teng Chun Hsun dalam aksi suku akhir Terbuka Korea Selatan di Stadium Tertutup Mokpo, hari ini.


10. PRK DUN Mahkota: Pemilihan calon BN di peringkat akhir - Khaled Nordin

Pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota kini di peringkat akhir, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.