ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Jun 2024.
1. Faisal Halim disimbah asid: “Apa kena mengena dengan saya” - Tunku Mahkota Ismail
"Apa kena mengena dengan saya?”
Itu pertanyaan dilontarkan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim ke atas segelintir pihak yang mendakwa penglibatan baginda dalam insiden serangan asid ke atas pemain kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim.
2. Jemaah daftar pakej tidak potong "queue", perlu dapat tawaran haji daripada TH
Tiada istilah potong "queue" atau giliran dalam soal menunaikan haji membabitkan jemaah memilih untuk pergi dengan pakej disediakan oleh mana-mana syarikat atau agensi pelancongan yang dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).
3. Ibu Zayn Rayyan dibawa ke lokasi kejadian
Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah dibawa oleh polis ke kediaman mereka di Damansara Damai, hari ini.
4. Siasatan kes Zayn Rayyan di peringkat akhir?
Perkara itu menjadi pertanyaan kebanyakan rakyat Malaysia yang prihatin dengan kes malang menimpa kanak-kanak berusia enam tahun itu.
5. Nahas rombongan guru: Jenazah Dahlia selamat dikebumikan
Jenazah seorang lagi mangsa kemalangan bas di Jalan Kuantan-Segamat, Pahang yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Dahlia Ahmad, 52, selamat dikebumikan di sini hari ini.
6. 'Perkara hebat sedang berlaku di Selatan' – Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ‘perkara hebat’ sedang berlaku di Selatan tanah air dengan pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.
7. Subsidi diesel: 'Sedih di hati bukan kepalang fikir kesan ke atas rakyat' - Muhyiddin
Demikian kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluahkan rasa sedih memikirkan kesan yang terpaksa dibebani oleh rakyat susulan tindakan kerajaan yang menaikkan harga diesel pada kadar RM3.35 seliter.
8. Kerajaan fokus usaha pertingkat jaringan, infrastruktur dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam - PM
Sebagaimana matlamat rasionalisasi subsidi, kerajaan kini giat memfokus kepada usaha meningkatkan jaringan, infrastruktur dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. Najib pegang kuasa penting dalam SRC, saya tidak boleh bantah arahan beliau - Saksi
Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak boleh membantah arahan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bekas Perdana Menteri itu memegang kuasa penting dalam syarikat itu.
10. Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: Ujian air kencing, darah pemandu bas diambil
Ujian air kencing dan darah telah diambil terhadap pemandu bas persiaran yang membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau, Muadzam Shah pada Ahad.
Astro Awani
Mon Jun 10 2024

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Jun 2024.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.