ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 April 2024.


1. Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh ditahan polis

Penahanan itu dilakukan sejurus beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.



2. Salina Yussof meninggal dunia di rumah jagaan

Pemenang pingat emas Sukan SEA Bangkok 1985 itu disahkan sedang menghidap kanser usus tahap empat.


3. Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000

Pemantauan dibuat di 38,126 premis dan hasilkan sebanyak 164 kes serta kompaun dikeluarkan serta merta melibatkan jumlah RM558,956.63.


4. Satu lagi kematian akibat strok haba, libat kanak-kanak tiga tahun - NADMA

Satu kes kematian baharu akibat strok haba dilaporkan berlaku minggu ini menjadikan kes kematian berkaitan cuaca panas kepada dua orang, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).


5. Dividen Bank Rakyat 15 peratus bagi tahun kewangan 2023

Bank Rakyat mengumumkan dividen sebanyak 15 peratus dengan jumlah pembayaran RM424.62 juta kepada seramai 802,823 anggotanya yang layak bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.


6. Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB

Bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini, mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, walaupun beliau telah meninggalkan syarikat itu.


7. Malaysia sedia berikan bantuan tambahan bagi misi kemanusiaan rakyat Palestin

Kerajaan menyatakan kesediaan memberikan bantuan tambahan bagi misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin, selepas Israel membenarkan penghantaran bantuan melalui pintu sempadannya dengan utara Semenanjung Gaza.


8. Aidilfitri: 1.9 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK - ANIH Berhad

Lebih 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan 882,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), bagi tempoh 11 hari bermula hari ini.


9. Kerajaan komited cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini - PM

Kerajaan akan mencari jalan dan berusaha menaikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


10. Orang Melayu perlu kukuh keharmonian demi menunjukkan kekuatan bangsa, ummah - Sultan Sharafuddin

Orang Melayu perlu terus mengambil jalan perpaduan dan memperkukuh keharmonian demi menunjukkan kekuatan bangsa dan ummah.