ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 April 2024.


1. Kerajaan umum duit raya RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini.



2. Tidak sehaluan dengan UMNO Selangor, Tengku Zafrul letak jawatan Bendahari

Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Isnin mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Bendahari UMNO Selangor.


3. Ibu jari kaki reput dan patah, Roy mohon bantuan RM20,000 untuk pembedahan

Tidak sanggup lagi menahan derita akibat jangkitan kuman sehingga menyebabkan ibu jari kaki kanannya reput dan patah, penyanyi veteran Roy tiada pilihan lain selain memohon bantuan masyarakat mengumpul dana bagi membolehkannya menjalani pembedahan segera.


4. Wanita, teman lelaki didakwa abai anak sampai mati

Seorang wanita bersama teman lelakinya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa atas pertuduhan mengabaikan anak kandung perempuan berusia tiga tahun sehingga mengakibatkan kematiannya bulan lalu.


5. Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 mulai Rabu ini

Seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 melibatkan bayaran RM100 sehingga RM650 yang akan dikreditkan mulai Rabu ini.


6. 'Bulan madu dah tamat, sekarang pergi tangkap lebah' - titah Agong kepada Azam Baki

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Isnin bertitah bahawa memerangi rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan baginda.


7. Tambang feri Pulau Pinang percuma bagi OKU mulai 8 April

Orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan feri Pulau Pinang dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di sini ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth dan sebaliknya, akan menikmati tambang feri percuma tanpa had mulai 8 April ini.


8. 11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi

Seramai 11.55 juta atau 52.6 peratus warganegara berumur atas 18 tahun berjaya mendaftar dan mengemas kini profil diri di sistem Pangkalan Data Utama (PADU).


9. Subsidi harus diterima 85 peratus rakyat - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa keputusan untuk melaksanakan penyasaran subsidi melibatkan bahan api dan barangan keperluan asas adalah untuk memastikan sekitar 85 peratus rakyat Malaysia benar-benar memperoleh faedah daripada inisiatif yang dilaksanakan.


10. KK Mart Kuching pula dibaling 'molotov cocktail'

Satu lagi kejadian membaling 'molotov cocktail' berlaku di KK Mart cawangan Kuching, Sarawak, menjadikan insiden ketiga melibatkan kedai serbaneka tersebut.