ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 Mac 2024.


1. Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia

Ahmad Rejal merupakan bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.



2. 2 maut bas persiaran terbalik di Bentong

Dua warganegara tempatan dilaporkan cedera parah melibatkan pemandu dan seorang penumpang wanita.


3. Hanya dua peratus syarikat Malaysia sedia hadapi serangan siber - Cisco

Hanya dua peratus daripada keseluruhan organisasi di Malaysia mencapai tahap ‘matang’ yang diperlukan untuk menghadapi ancaman risiko keselamatan siber moden.


4. Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri berhubung apa jua insiden yang berlaku di negara ini.


5. Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor

Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta di Damansara baru-baru ini, dijangka hadir memberikan keterangan esok.


6. Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki

Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, dedah Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.


7. Lelaki Israel ditahan di KL bersama enam pucuk pistol

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan pasport palsu Perancis.


8. Sistem PADU selamat - Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.


9. Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata guru wanita itu, perlu mematuhi sepenuhnya proses siasatan kes itu yang dijalankan oleh pihak polis terlebih dahulu dan kemudiannya Kementerian Pendidikan (KPM).


10. Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia

Sebanyak 29 kawasan di Semenanjung merekodkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga setakat 4.30 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).