ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 Mac 2024.
1. "Saya dan Sanusi okey, tiada masalah" - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meskipun dilihat bertelagah berhubung Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN), baru-baru ini.
2. PBT jangan 'tekan' peniaga bazar - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak 'menekan' peniaga bazar Ramadan dengan mengenakan kos sewa tapak yang tinggi.
3. Isu stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart, isteri mengaku tidak bersalah hina agama Islam
Pengasas KK Super Mart dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.
4. Pembekal stoking kalimah Allah, tiga pengarah didakwa
Syarikat pembekal, Xin Jian Chang yang bertanggungjawab mengedar barangan kepada KK Super Mart bersama tiga pengarah syarikat itu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melukakan perasaan agama orang Islam.
5. Strok haba: Seorang masih dirawat di ICU, seorang di wad biasa - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan seorang lelaki berusia 24 tahun yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson akibat strok haba kini berada dalam keadaan tidak stabil.
6. Isu stoking kalimah Allah: Dr Akmal terima ugutan bunuh
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan akan membuat laporan polis susulan menerima ugutan bunuh berhubung kelantangan beliau mengenai isu kalimah Allah.
7. Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.
8. Ruang berfikir, berkarya di negara ini perlu kebebasan lebih luas - PM Anwar
Ruang untuk berfikir dan berkarya di negara ini menuntut satu suasana kebebasan yang lebih luas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. Najib miliki kuasa penuh dalam SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa penuh untuk membuat semua keputusan dalam SRC, termasuk penggunaan dan pengagihan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).
10. Kes ugut bunuh Dr Akmal: Warga emas ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga emas susulan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kononnya Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh akan dibunuh kerana kelantangannya dalam isu KK Mart berkaitan stoking kalimah Allah baru-baru ini.
Astro Awani
Tue Mar 26 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 Mac 2024.
Dua anggota polis maut ditembak di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.