ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Januari 2024.
1. Rumah Ngeh Koo Ham dibaling molotov cocktail, DAP kutuk serangan ganas
Parti DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas mengancam keselamatan nyawa pemimpinnya, Datuk Ngeh Koo Ham dengan membaling ‘molotov cocktail’ di kediaman Ahli Parlimen Beruas itu pagi tadi.
2. Siasatan SPRM: Isteri dakwa Tun Daim dianiaya
Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mendakwa suaminya dianiayai disebabkan kejayaan beliau sebagai ahli perniagaan yang sangat berjaya sebelum menyertai kerajaan.
3. Kes Zayn Rayyan: Sebarang tangkapan bergantung kepada proses analisa dan bukti - Mohd Suhaily
Sebarang tangkapan berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin akan bergantung kepada analisa yang diterima lebih awal atau yang akan diterima pada masa akan datang, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Suhaily Mohd Zain.
4. Hukuman Najib: 'Kabinet tidak bincang isu babit Lembaga Pengampunan' - Fahmi
Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak menyentuh perkara membabitkan Lembaga Pengampunan termasuk kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
5. 90 gambar dipercayai unsur lucah, ditemukan dalam data telefon bimbit Ebit Lew - Saksi
Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa sebanyak 90 keping gambar dipercayai berunsur lucah, ditemukan dalam data yang diekstrak daripada telefon bimbit pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.
6. Prosiding tuntut harta Jamaludin Jarjis tangguh hingga keputusan semakan selesai
Prosiding tuntutan harta sepencarian RM2 bilion yang difailkan balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail, terhadap empat anak dan ibu mentuanya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini ditangguhkan.
7. Polis percaya Bella masih berada di Malaysia
Polis percaya ibu tunggal yang dilaporkan hilang sebelum ini Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella masih berada di negara ini susulan tiada rekod mangsa ke luar negara.
8. Langkah Dubai: Jumlah laporan polis diterima meningkat kepada 75 - Mohd Shuhaily
Sebanyak 75 laporan polis telah diterima berhubung ‘Langkah Dubai’, yang dikatakan gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. Menara Merdeka 118 mercu kejayaan meniti kemerdekaan - Agong
Rakyat perlu melihat Menara Merdeka 118 sebagai kejayaan dalam meniti liku-liku kemerdekaan sehingga sebuah negara serba rencam dan majmuk dapat disatukan atas semangat nasionalisme yang tinggi.
10. SPRM selesai rakam keterangan Ismail Sabri, isteri serta dua anak Tun Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membantu siasatan berhubung dana RM700 juta bagi tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu.
Astro Awani
Wed Jan 10 2024

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Januari 2024.
#AWANIRingkas 9 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Mac 2025
1️⃣ Bukan eksklusif untuk rakyat China
2️⃣ Bantu mangsa keganasan rumah tangga
3️⃣ Polis: Tiada rakyat Malaysia terlibat
#awaniringkas
1️⃣ Bukan eksklusif untuk rakyat China
2️⃣ Bantu mangsa keganasan rumah tangga
3️⃣ Polis: Tiada rakyat Malaysia terlibat
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Program Malaysia Rumah Keduaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki maut kereta kemalangan dengan treler muatan besi
Seorang lelaki berusia 23 tahun didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

11 terbunuh dalam serangan Rusia di timur Ukraine
Pasukan Rusia menyerang Dobropillia menggunakan peluru berpandu balistik, roket pelbagai laras dan dron.
![[KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir? [KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716537874_ParentsHandKids.jpg)
[KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir?
Fenomena childfree bukan sekadar trend moden, tetapi ia adalah isyarat kepada perubahan sosial yang lebih besar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
Dasar Wanita Negara 2025-2030 tumpu bantu mangsa keganasan.
Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang.
Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza.
Dasar Wanita Negara 2025-2030 tumpu bantu mangsa keganasan.
Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang.
Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza.

Ribuan wanita berkumpul dan berarak di Dataran Taksim
Peserta percaya perarakan 8 Mac adalah tempat terbaik untuk wanita menuntut hak mereka.

Kerjasama Planworth, PKMM tawar manfaat kepada 60,000 ahli kontraktor
Kerjasama ini membantu menyelesaikan cabaran modal pusingan yang dihadapi oleh kontraktor, khususnya dalam kalangan kontraktor kecil dan sederhana.

Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Polis telah menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

PRN Sabah: Warisan akan bergerak solo, tanpa gabungan dan kerjasama
Sejarah pernah membuktikan parti politik seperti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah memerintah Sabah tanpa sebarang gabungan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Mac 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Mac 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.