ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Oktober 2023.


1. Bantuan Awal Persekolahan disalur mulai Januari depan

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan disalurkan kepada sekolah bermula bulan Januari 2024, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).



2. Najib, anak perlu bayar tunggakan cukai RM1.7 bilion

Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin perlu melunaskan lebih RM1.7 bilion tunggakan cukai bagi tahun 2011 dan 2017 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


3. Malaysia akan lakukan apa saja untuk selesaikan isu Palestin - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sudah tiba masanya untuk Malaysia melakukan apa sahaja yang perlu untuk menyelesaikan kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin akibat peperangan dengan Israel.


4. Lesen penerbangan MYAirline akan digantung sementara

Lesen penerbangan syarikat penerbangan MYAirline akan digantung buat sementara waktu, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.


5. Ahli Parlimen tidak dibenarkan pasang peranti di meja, tiada lagi 'live' dari Dewan Rakyat - Speaker

Semua Ahli Parlimen tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan sebarang peralatan elektronik peribadi bagi tujuan penstriman langsung sesi Dewan Rakyat.


6. Beratur sejauh 1km untuk dapatkan makanan, minum air kotor di Gaza - Dr Ziad

Keadaan di Gaza semakin meruncing berikutan sekatan bagi mendapatkan bekalan air bersih dan makanan, menurut Pengurus MyCARE Gaza Dr Ziad Shehada.


7. TUDM sahkan pesawat Beechcraft B 200T lakukan pendaratan cemas di Subang

Sebuah pesawat Beechcraft B 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, 1 tengah hari tadi.


8. KPM tarik diri Pesta Buku Frankfurt 2023, tanda solidariti kepada Palestin

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman.


9. PN sokong inisiatif dalam Belanjawan 2024 demi masa depan rakyat - Hamzah

Perikatan Nasional (PN) akan sentiasa menyokong inisiatif-inisiatif baik dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lepas demi masa depan rakyat dan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin.


10. Kerajaan tidak mansuh subsidi serentak - Ketua Setiausaha Perbendaharaan

 Kerajaan tidak akan memansuhkan subsidi dengan serentak, sebaliknya akan melaksanakan proses itu secara beransur-ansur, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.