ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Julai 2023.

1. Pelupusan hutang FELDA: PM kemuka bukti, desak Muhyiddin mohon maaf

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan mendesak bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepadanya.

2. Indeks Peralihan Tenaga: Malaysia diiktiraf negara terbaik di Asia Tenggara

Indeks tersebut mengambil kira prestasi sistem dan kesediaan negara untuk beralih ke sumber tenaga yang lebih mesra alam.

3. Kes bunuh Syed Danial, Wei Liang diperintah bela diri

Hakim, Julia Ibrahim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas pekerja teknologi maklumat itu di akhir kes pendakwaan.


4. Tertuduh kes rogol penjawat awam, didakwa kes amang seksual pula

Seorang buruh binaan yang menghadapi dua tuduhan merogol penjawat awam April lalu, dikenakan satu lagi tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan.


5. Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu

Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.


6. Tesla lancar EV pertama di Malaysia

Jenama kereta dari Amerika Syarikat, Tesla secara rasminya dilancarkan di Malaysia apabila sebuah model kenderaan elektrik (EV) diperkenalkan iaitu Model Y bagi pasaran Malaysia.


7. Diana Danielle fail nusyuz berkaitan tanggungjawab Farid selaku suami

Pelakon, Diana Danielle memfailkan permohonan tuntutan nusyuz terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada Khamis.


8. Isu REE: Persoalan, pendedahan dibangkit bukan plot burukkan Sanusi- Saifuddin

Menurut beliau, isu-isu itu dibangkit adalah bagi mendapatkan perincian dan jawapan yang sebenar berhubung situasi yang berlaku di Kedah.


9. Vietnam bentang permaidani merah sambut ketibaan PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi dengan hamparan permaidani merah oleh kerajaan Vietnam di Istana Presiden di Hanoi hari ini.


10. Anwar sifatkan Vietnam sebagai rakan Malaysia paling akrab

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Vietnam sebagai rakan Malaysia yang paling akrab sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara lima dekad lepas.