ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Januari 2023.

1. DUN Sabah: Kedudukan berubah, Bung Moktar di blok pembangkang

Kedudukan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) telah berubah ke blok pembangkang dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pada Selasa.

2. Malaysia terima kuota penuh 31,600 orang bagi musim haji tahun ini

Malaysia menerima kuota penuh bagi musim haji tahun ini iaitu sebanyak 31,600 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

3. Bayi koma dipercayai didera pengasuh

Bayi tersebut mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan di dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala.

4. Kapal TLDM telah berusia, perlu ditukar - Sultan Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan baginda terhadap aset keselamatan negara khususnya kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berusia dan perlu ditukar.

5. Peguam gagal dapatkan kebenaran cabar kesahan pengampunan diraja Anwar

Seorang peguam gagal mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mencabar kesahan pengampunan diraja yang diperoleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018.

6. Edar dadah: Isteri terlepas tali gantung, suami diarah bela diri

Seorang suri rumah tidak dapat menahan air mata apabila terlepas daripada hukuman gantung atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di Mahkamah Tinggi.

7. "Lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu" - Mesej Puteri Sarah buat Syamsul

Tahap kemarahan dan kekecewaan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, sampai ke kemuncak apabila pelakon itu secara terbuka meminta suaminya, Syamsul Yusof agar melepaskannya.

8. Hilang 3 hari, penunggang motosikal berkuasa tinggi ditemui maut terbabas

Seorang lelaki berusia 46 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemukan maut di dalam kawasan semak di kilometer (KM) 22 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini, petang Isnin.

9. GST: Masih belum dibincangkan - Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan cukai tersebut kepada negara juga masih tidak mempunyai sebarang keputusan.

10. SPRM tahan pengarah, pemilik syarikat buat tuntutan palsu RM20.3 juta projek lembu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, menahan dua lelaki masing-masing pengarah dan pemilik syarikat kerana disyaki terbabit membuat tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM20.3 juta berhubung insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu.