ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 September 2022.
1. Tun Samy Vellu meninggal dunia
Bekas Presiden MIC Tun S Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Jalan Ipoh, di sini, kira-kira jam 8 pagi ini.
2. Ratu Elizabeth II mangkat: Sultan Selangor berkenan bendera Negeri Selangor dikibar separuh tiang
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan agar bendera Negeri Selangor dikibarkan separuh tiang bermula Sabtu hingga Isnin ini.
3. Pinjaman PTPTN kepada golongan M40 M1 dinaikkan 100 peratus - PM
Kerajaan juga bersetuju untuk menyediakan kemudahan pinjaman komputer riba kepada peminjam PTPTN golongan M40.
4. Shafee dakwa RM9.5 juta adalah pinjaman untuk tutup jejak jenayah - Pendakwaan
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu dakwaan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa wang RM9.5 juta yang diterimanya daripada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan pinjaman, adalah semata-mata untuk menutup jejak jenayahnya dan melindungi identiti sebenar wang berkenaan.
5. Pulau Pinang tarik balik darjah kebesaran negeri Najib
Selepas Selangor, Kerajaan negeri Pulau Pinang pula membatalkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri Utama yang dikurniakan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 2009 berkuat kuasa hari ini.
6. Punca wanita diculik dipercayai ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah - Polis
Punca seorang wanita dilarikan empat individu di Kampung Semat Jal, Palekbang di sini pada Selasa lepas dipercayai ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah.
7. Bekas timbalan pengarah DBKL menangis selepas kali kedua bebas tuduhan rasuah
Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh menangis selepas dilepas dan dibebaskan buat kali kedua oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.
8. Kanak-kanak 6 tahun dakwa dicabul bapa saudara
Seorang lelaki ditahan selepas polis menerima laporan yang mendakwa dia mencabul kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang juga anak saudaranya.
9. Tol percuma sebulan bagi pengguna Lebuhraya SUKE - Fadillah
Pengguna boleh menggunakan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Fasa Pertama bermula 12 tengah hari Jumaat.
10. Kerajaan akan kaji semula dasar berkaitan sektor tenaga - PM
Kerajaan akan mengkaji semula semua dasar berkaitan sektor tenaga termasuk manfaat Akses Pihak Ketiga (TPA) terhadap insfrastruktur grid bagi memastikan matlamat negara, iaitu pelepasan gas rumah kaca (GHG) bersih sifar pada tahun 2050 seperti digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 tercapai.
Astro Awani
Thu Sep 15 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 September 2022.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 18 November 2024.