ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 November 2021.
1. COVID-19: KJ beri amaran kemasukan ke hospital makin meningkat
Menteri Kesihatan memberi amaran kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat akibat COVID-19.
2. Lantikan exco daripada ADUN PN akan diputuskan kemudian - Sulaiman
Kedudukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu Perikatan Nasional (PN) sama ada akan turut menyertai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bakal diputuskan kemudian.
3. PH kecewa Peguam Negara batal rayuan pembebasan Ku Nan
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor dari dakwaan kes rasuah melibatkan penerimaan RM2 juta dari seorang ahli perniagaan pada 2016.
4. PM lancar Pas Keluarga Malaysia, RM15 untuk perjalanan satu hari tanpa had
Meraikan semangat Keluarga Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Pas Keluarga Malaysia pada Isnin untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
5. COVID-19: 4,885 kes baharu hari ini
Malaysia mencatat 4,885 jangkitan baharu COVID-19 pada Isnin, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 dalam negara kini mencapai 2,591,486.
6. COVID-19: The Datai Langkawi ditutup sementara, 16 kakitangan dikesan positif
Pusat penginapan lima bintang, The Datai Langkawi menutup sementara pengoperasiannya selepas 16 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan pekerjanya.
7. Peguam sakit gout, bicara kes Zahid hanya berlangsung 30 minit
Perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini hanya berlangsung kira-kira 30 minit berikutan peguam yang mewakilinya mengalami sakit gout.
8. Pemandu lori diupah RM1,500 bawa rokok seludup bernilai lebih RM3 juta
Seorang pemandu lori yang diupah RM1,500 untuk menghantar rokok tanpa cukai ke Kuala Lumpur, kecewa apabila usaha pertama kali itu gagal selepas ditahan polis.
9. KPM akan keluarkan jadual baharu SPM 2021 - Radzi Jidin
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan jadual baharu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dalam masa terdekat, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
10. Perjuangan Malaysia menentang COVID-19 belum berakhir - Khairy
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perjuangan Malaysia menentang COVID-19 belum berakhir dan beliau menasihati orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Astro Awani
Mon Nov 22 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 November 2021.
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 18 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 November 2024.