ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 April 2021.
1. Sindiket kartel projek: SPRM tahan pegawai kanan agensi kerajaan
Seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi setelah dipercayai terlibat dalam sindiket kartel projek yang berjaya ditumpaskan baru-baru ini.
2. Kartel projek: Helikopter, kereta dan kapal mewah bernilai RM15.7 juta disita
Selain kenderaan mewah yang dianggarkan bernilai RM15.7 juta itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM3.5 juta ketika serbuan pada Isnin.
3. Godam sistem Jabatan Imigresen: Ketua sindiket bergelar Datuk antara lima individu ditahan
Dalang utama bergelar Datuk adalah antara lima individu yang ditahan dipercayai terlibat dalam pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu, membabitkan kerugian jutaan ringgit kepada hasil kerajaan dalam bentuk levi pekerja asing.
4. Peguam Najib ditegur 'keterlaluan serang' Hakim Mahkamah Tinggi
Ketua peguam bela mewakili bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur berhubung penggunaan kata-kata yang disifatkan tidak sesuai bagi menggambarkan Hakim Mohd Nazlan Ghazali sewaktu perbicaraan di peringkat Mahkamah Tinggi.
5. Tiada bukti Najib arah RM42 juta dana SRC ke akaun peribadi: Peguam
Mahkamah Rayuan pada Selasa dimaklumkan bahawa tidak ada bukti kukuh bagi mengaitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
6. Najib akui terima notis bankrap LHDN, anggap ia 'menambah garam ke luka ketidakadilan'
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui telah menerima notis bankrap daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung ringkasan penghakiman cukai pendapatannya dari 2011 hingga 2017.
7. Malaysia akan terus guna vaksin AstraZeneca - Dr Adham
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan keputusan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada Selasa.
8. Liwat pelajar tahfiz: Hukuman penjara 228 tahun bekas warden asrama dikurangkan
Mahkamah Tinggi Kangar menjatuhkan hukuman penjara 50 tahun keatas seorang bekas warden asrama atas 26 kesalahan meliwat lima pelajar di sebuah pusat tahfiz di Simpang Empat, pada 2019.
9. COVID-19: 1,300 kes baharu, lima kematian
Malaysia merekodkan sebanyak 1,300 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 353,329 kes.
10. Kes rogol Paul Yong: Saksi tak dengar pihak lain bersama mangsa ketika aduan
Saksi kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang beliau tidak mendengar sebarang tanda menunjukkan ada pihak lain bersama mangsa ketika membuat aduan.
Astro Awani
Tue Apr 06 2021

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 April 2021.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.