ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 19 Jun 2020.
1) Protokol bersama perlu dipersetujui sebelum gelembung perjalanan dilaksana
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, buat masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang dan telah mengenal pasti beberapa negara sebelum perbincangan lanjut dilakukan.
2) COVID-19 mungkin menyebabkan perubahan kekal kepada sektor tenaga - Moody's
Gangguan kepada pasaran tenaga dan perubahan tingkah laku yang berterusan akibat krisis penularan COVID-19 mungkin menyebabkan perubahan kekal kepada penggunaan tenaga, kata Moody's Investors Service.
3) Pengajian di madrasah boleh diteruskan, KKM pergiat pengawasan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata menjadi tugas dan tanggungjawab Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan saringan dari masa ke masa. Ujarnya, tindakan tersebut akan tetap berterusan walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tamat.
4) Bintulu catatkan pertambahan satu kes positif COVID-19
Satu kes positif terbaharu COVID-19 dilaporkan di Bintulu hari ini menjadikan jumlah kes positif di negeri Bumi Kenyalang meningkat kepada 556 kes setakat ini.
5) Ini lima perkara utama sidang media COVID-19
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara lain memberitahu, terdapat enam kes baharu dengan dua daripadanya adalah kes import, manakala empat jangkitan tempatan.
6) Enam positif kes jangkitan COVID-19 kluster Kidurong
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster baharu COVID-19 di Sarawak. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Kidurong tersebut telah menjangkiti enam individu.
7) PKPP: Promosi jualan di ruang legar pasar raya, pusat beli belah dibenarkan
Kerajaan pada Jumaat membenarkan semula aktiviti promosi jualan di ruang legar pusat beli belah di seluruh negara.
8) Pelajar antarabangsa dibenarkan masuk, pelajar Malaysia dibenarkan keluar - Ismail Sabri
Pelajar antarabangsa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) serta pelbagai sekolah antarabangsa diberi kebenaran untuk kembali ke Malaysia bagi menyambung pengajian masing-masing.
9) PKPP: Ekspatriat EP1 dibenarkan masuk ke Malaysia - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju membenarkan kemasukan rakyat asing ke Malaysia, bagi ekspatriat kategori EP1 iaitu melibatkan pengurusan tertinggi seperti pengarah urusan syarikat.
10) Aktiviti sukan air dalam kolam renang dibenarkan, ini lima tumpuan sidang media Ismail Sabri
Orang ramai yang rindu kepada aktiviti sukan air dan kolam renang sudah boleh menghela nafas lega apabila kerajaan hari ini membenarkan semula aktiviti tersebut berkuat kuasa 25 Jun ini.
Astro Awani
Fri Jun 19 2020

Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Mac 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Mac 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Mac 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Mac 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.